Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Akan Sekat Promosi Produk Vape Pada Platform Mereka

Instagram Akan Sekat Promosi Produk Vape Pada Platform Mereka

Diterbitkan Disember 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Platform media sosial popular, Instagram kini meluaskan digunakan dalam mempromosikan pelbagai produk. Jika menyelusuri perkongsian di dalam platform tersebut, barangan seperti rokok dan vape galak dipromosikan oleh pengguna berpengaruh atau influencer.

Sebagai langkah mengetatkan lagi kawalan keatas produk sedemikian, Instagram telah menyatakan halangan mempromosikan secara Branded Content. Promosi melalui ciri Branded Content atau kandungan berjenama ini membolehkan pengguna berpengaruh meletakkan tag jenama tersebut ketika menyiarkan kandungan mereka. Atau dalam kata lain, ia merupakan perkongsian berbayar dalam mempromosikan sesuatu produk tersebut.

Selain daripada produk berkaitan tembakau dan vape, halangan ini juga melibatkan senjata. Penguatkuasaan halangan ini dinyatakan bakal berlangsung pada minggu-minggu mendatang. Pendekatan ini dilihat seiring dengan kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat terhadap penggunaan vape oleh pengguna remaja mahupun bawah umur. Kita sedia maklum bahawa remaja banyak menghabiskan masa menggunakan Instagram dan langkah ini mungkin dapat mengurangkan pendedahan produk tersebut pada golongan muda.

Sumber: Al Jazeera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY