Insiden Penggodaman Terhadap Windows 7 Semakin Meningkat Sejak Awal 2019

Serangan meningkat sejak Januari tahun ini.


Pihak keselamatan dari Webroot dalam laporan keselamatan bagi pertengahan 2019 mendakwa, aktiviti serangan ke atas pengguna sistem operasi Windows 7 telah meningkat mendadak sejak Januari tahun ini.

Mereka mendakwa, insiden ekploitasi terhadap Windows 7 meningkat sehingga 75% dengan 71% daripadanya terkesan dengan isu penggodaman tersebut.

Dalam laporan tersebut mereka menyatakan bahawa 75% perisian hasad yang menyerang sistem Windows 7 bersembunyi di dalam 3 lokasi utama di dalam sistem tersebut iaitu 41% di dalam %temp%, 24% di dalam  %appdata% dan 11% di dalam%cache%.

Malah mereka menemukan, sampel perisian hasad di dalam sesebuah komputer didapati meningkat kepada 95.2% berbanding tahun lalu iaitu hanya 91.9% sahaja.

Pengguna Windows 7 yang terjejas pula 64% nya adalah terdiri daripada pengguna umum dan 36% adalah pihak industri.

Sebelum ini telah dilaporkan, sistem operasi Windows 7 yang bakal ditamatkan sokongannya oleh pihak Microsoft pada penghujung bulan Januari 2020 nanti masih tinggi peratusan pengguna yang menggunakannya di seluruh dunia.

Para pengguna versi Windows terdahulu dinasihatkan dan amat disyorkan supaya mereka menaik taraf sistem operasi komputer mereka kepada versi terkini bagi mengelakkan komputer mereka mudah terdedah kepada serangan siber.

Berkaitan