Ensiklopedia dalam talian ini sudah mempunyai 5.7 juta artikel dalam Bahasa Inggeris dan jutaan lagi yang diterjemah kedalam bahasa lain.
Semua pengguna internet boleh menulis kandungan untuk Wikipedia, tetapi ada juga penulis berbayar atau ditaja yang perlu mengikut garis panduan untuk mengelakkan kandungan berat sebelah.
Salah seorang yang sanggup berkongsi maklumat secara percuma untuk Wikipedia adalah Steven Pruitt (Ser Amantio di Nicolao). Ibu bapa dan rakan sekerjanya mengganggap beliau melakukan kerja gila kerana menghabiskan sebahagian besar masa lapangnya dengan menyunting serta menulis artikel pada platform berkenaan.
Sehingga kini, Pruitt telah melakukan hampir 3 juta suntingan dan menulis 35,000 artikel didalam Wikipedia. Hasil usahanya itu membuatkan majalah Time menyenaraikan beliau diantara 25 individu berpengaruh di internet 2017 selain Donald Trump, J.K Rowling, dan juga Kim Kardashian.
Setiap hari, Pruitt meluangkan masa lebih dari tiga jam untuk membuat kaji selidik bersumberkan jurnal akademik, buku-buku dan sumber lain disamping menyunting serta menulis artikel di Wikipedia.
Pekerjaan sebenar beliau juga banyak berkaitan dengan penyelidikan iaitu di bahagian rekod dan informasi Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.
Pengguna internet yang kerap mencari maklumat di Wikipedia seharusnya berasa beruntung kerana dengan adanya penulis seperti Steven Pruit, maklumat mampu diperoleh dengan pantas dan mudah.
Sumber dan kredit foto: CBS News
Berkaitan
- Ubah Video Kepada GIF Hanya Menggunakan Whatsapp
- Redmi Note 7 Kini Rasmi - Dilengkapi Dwi Kamera 48MP Dan 5MP
- Sejumlah 6 Juta Akaun Pengguna Instagram Digodam, Termasuk Selebriti Terkenal Dunia
- Selangor Bercadang Guna Dron Pantau Pokok, Lopak Perlu Penyenggaraan
- HyppTV Selepas Ini Akan Dikenali Sebagai UniFi TV
- Jabatan Bomba Di 3 Buah Negeri Ini Mempunyai Aplikasi Telefon Pintar Tersendiri
- Tips Untuk Taip Komputer Lebih Pantas
- Dapatkan Vivo V15 Pro Serendah RM22 Sebulan Dengan Pelan Digi
- Inilah 10 Carian Google Yang Popular Di Seluruh Dunia Bagi Tahun 2017
- Huawei P30 Pro Dijual Serendah RM12 Pada Promosi 12.12 Ini