Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-16T095659.430

Google Vids, Video Editor AI Anda Di Google Workspace

Diterbitkan Julai 16, 2024 oleh Muhd Idham

Google kini telah memperkenalkan satu perkhidmatan terbaru yang akan tersedia untuk para pelanggan Google Workspace dengan kemampuan menyunting video semudah ABC melalui bantuan daripada teknologi AI Gemini, iaitu Google Vids.

Pada mulanya, pengguna perlu menjelaskan kandungan video yang ingin dihasilkan dan diikuti dengan simbol ‘@’ bagi tag dokumen-dokumen berkait di platform Docs, Slides atau Sheets sebagai rujukan maklumat untuk penghasilan video.

Google Vids, Video Editor AI Anda Di Google Workspace

Langkah seterusnya adalah memilih templat yang sesuai untuk video tersebut.

Google Vids, Video Editor AI Anda Di Google Workspace

Terdapat banyak kemudahan lain yang disediakan untuk servis Google Vids ini seperti pengubahan ton suara untuk suara latar dan paparan telepanduan memandangkan Google Workspace membenarkan penggunanya untuk berkongsi fail yang sama dengan pengguna lain dalam menyiapkan sebarang tugasan.

Google Vids, Video Editor AI Anda Di Google Workspace
Pengubahan ton suara latar
Google Vids, Video Editor AI Anda Di Google Workspace
Paparan telepanduan

Buat masa sekarang, perkhidmatan ini hanya tersedia untuk kumpulan-kumpulan tertentu bagi mengumpulkan data pengguna sebelum boleh diakses oleh para pelanggan Google Workspace.

Untuk maklumat lanjut mengenai servis Google Vids ini, sila rujuk laman web rasmi Google Workspace ataupun tonton video pengenalan di bawah.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pengguna iOS 18 Kelak Boleh Pulihkan Gambar, Video Yang Hilang Atau Rosak
  • Bank-Bank Di Singapura Akan Hapuskan OTP Dalam 3 Bulan
  • Waspada Dengan WhatsApp Mengenai Semakan Status SARA
  • Lontar Komen Jelik, Ekstrem Dan Bersifat Jenayah Di Media Sosial Akan Dikena Tindakan Tegas - Menteri Komunikasi

Sumber: Google Workspace

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY