Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_p

Lontar Komen Jelik, Ekstrem Dan Bersifat Jenayah Di Media Sosial Akan Dikena Tindakan Tegas – Menteri Komunikasi

Diterbitkan Julai 16, 2024 · Dikemas kini Julai 16, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan orang awam bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melontarkan komen jelik, bersifat jenayah dan ekstrem menerusi platform media sosial seperti WhatsApp.

Respon beliau itu ekoran daripada komen-komen pengguna berkaitan insiden tembakan yang berlaku baru-baru ini terhadap mantan presiden Donald Trump.

“…saya kesal kerana tersebar dalam WhatsApp kenyataan yang sangat tidak bermoral dan bersifat jenayah. Ada kata yang patut ditembak bukan hanya di sana, (mereka) beri bayangan threat of violence. Ugutan jenayah termasuk ugutan bunuh terhadap perdana menteri. Berbeza pandangan tidak apa, tetapi jangan terlalu ekstrem, ini keterlaluan,” katanya.

Fahmi juga memaklumkan beliau akan bertemu ketua-ketua editor dalam masa terdekat susulan komen bersifat ekstrem ditulis dalam berita yang dimuat naik di platform media sosial masing-masing.

Beliau berkata penelitian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam TikTok Live Sinar Harian dan Astro Awani membawa kepada penemuan 18 akaun yang didapati memuat naik komen melanggar undang-undang, dan 12 daripadanya dikenal pasti bersifat ‘fake account’.

“Saya minta MCMC ambil tindakan tegas dan segera – berhubung dengan Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk teliti perkara ini. Saya rasa telah tiba masanya masalah fake account diurus dengan lebih tertib,”

Menteri itu turut meminta pengendali platform media sosial mengambil tanggungjawab lebih besar dalam membendung buli siber, iklan judi dalam talian dan komen jelik.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY