Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat-Syarikat Telekomunikasi Berjanji Untuk Menambah Baik Perkhidmatan Kepada Pelanggan Mereka

Ini Senarai Syarikat Telekomunikasi Yang Telah Dikompaun SKMM Setakat Suku Ke-2 2020

Diterbitkan Julai 4, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan senarai syarikat-syarikat telekomunikasi yang telah dikompaun setakat suku ke-2 tahun ini.

SKMM menyatakan bahawa sebanyak 92 kompaun yang bernilai RM4.6 juta setakat suku kedua 2020 kepada syarikat-syarikat telekomunikasi atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 105(3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Kesalahan ITU meliputi prestasi penyelesaian aduan pengebilan, prestasi penyelesaian aduan bukan pengebilan dan standard prestasi pengendalian panggilan (talian hotline pelanggan).

Berikut adalah senarai syarikat-syarikat telekomunikasi dengan jumlah kompaun yang telah dikenakan setakat suku ke-2 tahun ini. Juga disertakan perbandingan kompaun tahun ini dengan tahun 2019 lalu.

Ini Senarai Syarikat Telekomunikasi Yang Telah Dikompaun SKMM Setakat Suku Ke-2 2020
Sumber: SKMM

Daripada jadual di atas didapati, jumlah dan nilai kompaun setakat suku kedua 2020 adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah keseluruhan sepanjang 2019 yang menyaksikan hanya 26 kompaun sahaja yang bernilai RM960,000 dikeluarkan.

Peningkatan jumlah kompaun yang dikeluarkan pada tahun ini mencerminkan ketegasan dan komitmen SKMM dalam memastikan kualiti pengalaman pengguna sentiasa terjamin, sekaligus mengukuhkan keyakinan dan kebolehpercayaan pengguna terhadap industri komunikasi dan multimedia negara serta memastikan kemampanan industri terhadap kepentingan pengguna untuk jangka panjang.

SKMM menegaskan bahawa pihak mereka akan terus bertindak tegas terhadap syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang gagal mengekalkan standard yang ditetapkan dalam AKM 1998, Standard Mandatori Bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) dan Kod Pengguna Am.

Mereka yang ingkar boleh didenda di bawah Seksyen 105(3) AKM 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sebanyak RM100,000.00 bagi setiap kesalahan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY