Pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note 10 hanya berbaki lebih kurang 2 minggu sahaja lagi yang mana acara pengenalan tersebut dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos depan.
Seperti biasa, informasi-informasi awal mengenai peranti akan mula berlegar dikongsikan diinternet dan antara yang terbaru adalah spesfikasi penuh untuk Galaxy Note 10 dan Note 10+.

Versi standard iaitu Note 10 disebut akan dilengkapi dengan skrin paparan Infinity-O 6.3 inci, Snapdragon 855 Plus/ Exynos 9825, RAM 8GB, storan 256GB dan tiga kamera belakang (12MP+16MPsudut lebar+12MP telefoto). Menjana peranti adalah bateri 3600mAh dengan sokongan pengecasan 45W serta pengecasan berbalik tanpa wayara PowerShare dengan daya 15W. Untuk pengecasan berwayar, ia akan didatangkan dengan pengecas 25W serta S-Pen yang ditambah baik bersama sentuhan yang dipanggil “Air Actions”.

Versi seterusnya adalah Galaxy Note 10+ yang diberikan sedikit perbezaan seperti skrin paparan Infinity-O 6.8 inci, RAM 12GB dan memori simpanan 256GB beserta sokongan kad MikroSD. Ia turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 855 Plus/Exynos 9825, tiga kamera belakang (12MP+16MPsudut lebar+12MP telefoto) termasuk sensor ToF.
Kapasiti bateri juga dilihat lebih besar sedikit iaitu 4300mAh dengan daya pengecasan yang sama.
Spesifikasi | Galaxy Note 10 | Galaxy Note 10+ |
---|---|---|
Dimensi | 151 x 71,8 x 7,9 mm, 167 g | 162.3 x 77.1 x 7.9 mm, 198 g |
Paparan | 6.3-inches, AMOLED, FHD+, HDR10+, 60Hz | 6.8-inches, AMOLED, QHD+, HDR10+, 60Hz |
Cip | Snapdragon 855 Plus atau Exynos 9825 | Snapdragon 855 Plus atau Exynos 9825 |
Kamera Belakang |
|
|
Kamera Hadapan | 10MP, f/2.2 | 10MP, f/2.2 |
RAM | 8GB | 12GB |
Storan | 256GB, UFS 3.0 | 256GB, UFS 3.0, slot kad MikroSD |
Sensor Pengimbas Cap Jari | Sensor Ultrasonic dalam paparan | Sensor Ultrasonic dalam paparan |
Bateri | 3600 mAh | 4300 mAh |
Pengecasan | USB-C, 45W, 15W PowerShare | USB-C, 45W, 15W PowerShare |
Sistem Antaramuka | One UI berasaskan Android Pie | One UI berasaskanAndroid Pie |
Ciri lain | S Pen dengan Air Actions | S Pen dengan Air Actions |
Walaubagaimanapun spesifikasi ini masih belum rasmi dan untuk maklumat lanjut serta kemampuan sebenar yang akan diberikan pada siri Galaxy Note terbaru ini, kita nantikan hari pelancarannya 7 Ogos depan.