Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Nova 6....

Ini Mungkin Rupa Bentuk Sebenar Huawei Nova 6

Diterbitkan Disember 2, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kehadiran Huawei Nova 6 sudah mula hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Tanggal 5 Disember telah ditetapkan sebagai tarikh acara pengenalan rasmi Huawei Nova 6. Menjelang hari tersebut, beberapa informasi mula beredar di internet.

Antara perkhabaran terbaru mengenai peranti ini adalah sebaran imej yang dikatakan wajah sebenar Huawei Nova 6. Perkongsian terbaru ini juga memperlihatkan rekaan punch hole pada paparan dengan lebih jelas berbanding dari video yang sebelumnya.

Selain itu, sisi peranti yakni pada butang kuasa disertakan dengan ciri imbasan cap jari dan disebelah atasnya diletakkan dengan butang pelaras kelantangan bunyi.

Jika menuruti kembali khabar angin sebelum ini, Huawei Nova 6 mungkin dipasang dengan skrin LCD 6.44 inci bersamaan rekaan punch hole. Lubang tersebut bakal dihuni kamera swafoto 32MP yang berpasangan dengan lensa 8MP.

Huawei Nova 6....
Huawei Nova 6...
Huawei Nova 6..
Huawei Nova 6.
Huawei Nova 6

Tetapan kuad kamera belakang pula terdiri daripada sensor 60MP sebagai kamera utama, diiringi 16MP, 2MP dan 2MP. Dipercayai pengeluar akan menguasakan peranti ini dengan cip berkuasa tinggi Kirin 990 serta RAM 8GB bersama storan 128GB/256GB.

Dijangka akan ditawarkan dengan dua versi iaitu sokongan 4G dan 5G, Huawei Nova akan dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh dengan daya diisi melalui pengecasan pantas 40W.

Sumber: Sparrow News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY