Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pixel fold

Ini Mungkin Rekaan Dan Harga Google Pixel Fold

Diterbitkan November 15, 2022 ยท Dikemas kini November 15, 2022 oleh Amalina Athman

Peniris maklumat terkenal, Jon Prosser kini telah mendedahkan imej komputer yang didakwa adalah rekaan Google Pixel Fold. Melalui imej komputer itu, ia memperlihatkan modul kamera belakang yang hampir sama seperti Pixel 7.

Berkaitan

  • Pixel Fold Dikatakan Hadir Dengan 3 Lensa Di Belakang, Skrin Daripada Samsung
  • Prosser: iPhone SE 4 Dijangka Guna Rekaan iPhone XR
  • Sampel Gambar Tunjukkan Foto Diambil Galaxy S23 Ultra Lebih Tajam Daripada S22 Ultra

Dari segi spesifikasi, Pixel Fold mungkin hadir dengan dua pilihan warna iaitu Chalk dan Obsidian. Terdapat kamera swafoto 9.5 MP di bahagian luar dan dalam.

Ini Mungkin Rekaan Dan Harga Google Pixel Fold

Melalui rekaan itu, ia juga menampilkan bezel yang besar di bahagian dalam. Terdapat butang kuasa di bahagian sisi dengan sokongan sensor cap jari, port USB-C serta dua pembesar suara di bahagian atas dan bawah.

Ini Mungkin Rekaan Dan Harga Google Pixel Fold

Berbeza dari sebelumnya, Prosser menjangkakan peranti ini mungkin dilancarkan sekitar Mei 2023 dengan tanda harga sekitar $1,799 (~RM8,268).

Ini Mungkin Rekaan Dan Harga Google Pixel Fold

Buat masa ini, lain-lain spesifikasi belum lagi diketahui. Namun, ia mungkin mempunyai prestasi biasa dengan janaan cip Tensor seperti peranti Pixel yang lain, di samping kamera andalan Pixel yang digemari kebanyakan pengguna.

Gambar utama: FPT

Sumber: Front Page Tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY