Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
interface Android 12

Ini Mungkin Rekaan Awal Antaramuka Sistem Operasi Android 12

Diterbitkan Februari 9, 2021 oleh Amalina Athman

Seperti yang diketahui, Google pada tahun ini akan melancarkan sistem operasi terbaru iaitu Android 12. Sebelum dilancarkan kepada umum, versi Developer Previews dan Beta dijangka akan dilepaskan pada akhir bulan ini.

Terkini, tangkap layar yang didakwa sebagai rekaan awal antaramuka Android 12 telah didedahkan dalam satu dokumen.

Ini Mungkin Rekaan Awal Antaramuka Sistem Operasi Android 12
interface Android 12

Menerusi rekaan ini, bahagian Quick Setting membariskan 4 ikon yang lebih besar, dengan latar belakang bergantung kepada tema yang digunakan pada peranti. Bahagian “Conversations” dan “Notifications” pula diasingkan.

Sementara itu, beberapa ciri yang dilihat pada antaramuka ini turut mengingatkan pada sistem operasi iOS. Antaranya termasuk ikon yang muncul pada status bar untuk memberitahu pengguna jika sesuatu aplikasi menggunakan kamera atau mikrofon.

interface Android 12

Apabila ikon tersebut ditekan, ia menunjukkan nama aplikasi yang menggunakan kamera atau mikrofon. Dengan itu, pengguna boleh memilih tetapan untuk nyahaktifkan kamera dan mematikan mikrofon jika perlu.

Ini Mungkin Rekaan Awal Antaramuka Sistem Operasi Android 12
Ini Mungkin Rekaan Awal Antaramuka Sistem Operasi Android 12
Ini Mungkin Rekaan Awal Antaramuka Sistem Operasi Android 12

Antara lainnya termasuk susun atur widget baharu di mana terdapat widget untuk Conversation, panggilan tidak dijawab, status aktiviti dan sebagainya,

Buat masa ini, ia merupakan rekaan awal Android 12 dan belum diketahui bagaimana rupa apabila dilancarkan kelak.

Terdahulu, Android 12 turut dijangka hadir dengan ciri seperti gestur “Double Tap” pada panel belakang, perkongsian kata laluan Wi-Fi melalui Nearby Share, mod hibernasi aplikasi yang tidak digunakan dan sebagainya.

Sumber: XDA-Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY