Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 12 Dijangka Menawarkan Ciri Gestur “Double Tap” Pada Panel Belakang

Android 12 Dijangka Menawarkan Ciri Gestur “Double Tap” Pada Panel Belakang

Diterbitkan Januari 25, 2021 oleh Meor Hasyim

Ketika pengenalan Android 11 versi pembangun, Google telah menguji ciri gestur “double tap” yang membolehkan telefon menerima input hanya dengan mengetuk panel belakang sebanyak 2 kali.

Pada masa itu, ia digunakan sebagai fungsi pintas membuat tangkapan layar, membuka menu multi-taskingĀ dan lain-lain. Ia menggunakan maklumat dari sensor gyroskop dan accelerometer untuk menterjemahkannya menjadi input gestur.

Namun ia tidak diperkenalkan secara rasmi ketika Android 11 versi umum dilancarkan. Kini, fungsi tersebut mula disebut semula pada kod Android 12 menandakan versi rasmi kemaskini Android itu mungkin akan memperkenalkan fungsi ini.

Jika mengikut laporan asal, fungsi ini tidak diperkenalkan pada Android 11 kerana telefon sering kali mengesan gestur secara tidak sengaja apabila tersentuh jari.

Perkara ini mungkin tidak terjadi pada Android 12 kerana versi fungsi ini lebih diperkemas dan memerlukan ketukan lebih kuat.

Namun, masih tidak jelas adakah fungsi ini akan diperkenalkan untuk kesemua telefon Android 12 ataupun menjadi ciri khusus untuk model Google Pixel sahaja.

Untuk pengetahuan pembaca, fungsi ini turut terdapat pada iOS 14 pada iPhone yang diperkenalkan pada Jun tahun lalu.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY