Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Black Shark 4

Ini Mungkin Adalah Spesifikasi Utama Black Shark 4 Dan Black Shark 4 Pro

Diterbitkan Mac 3, 2021 oleh Amalina Athman

Setiap tahun, Black Shark pasti akan mengumumkan sekurang-kurangnya dua peranti gaming. Untuk tahun ini, pengeluar telefon pintar dari China itu dijangka akan mengumumkan Black Shark 4 dan Black Shark 4 Pro sebagai penerus kepada siri Black Shark 3.

Terbaru, laporan daripada Digital Chat Station telah mendedahkan spesifikasi utama yang akan ditampilkan untuk kedua-dua peranti ini. Bagi Black Shark 4, peranti ini dijangka akan hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 870, manakala Black Shark 4 Pro akan dimuatkan dengan cip lebih berkuasa iaitu Snapdragon 888.

Digital Chat Station

Terdahulu, CEO syarikat itu telah mengesahkan peranti ini akan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh serta sokongan pengecasan pantas 120W. Ia dikatakan mampu mengisi penuh peranti dalam tempoh kurang daripada 15 minit.

Sebagai tambahan, Digital Chat Station mengatakan peranti ini akan dilengkapi dengan skrin berukuran 6.67 inci yang juga menyokong resolusi FHD+.

Di sisi yang lain, pelancaran siri Black Shark 4 untuk pasaran China dijangka akan berlangsung pada bulan ini. Sementara itu, pelancaran global pula akan menyusul kemudian.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY