Ini Merupakan Senarai Terkini Laptop Gigabyte AERO/AORUS - Dengan Intel Gen-10 Dan Sehingga RTX 2080 SUPER

Selain ASUS, Gigabyte juga turut mengumumkan kemaskini laptop dengan perkakas dan spesifikasi terkini cip Intel Core Gen-10 dan juga NVIDIA RTX SUPER. Laptop yang menerima kemaskini ini adalah di bawah keluarga gaming AORUS dan juga creator AERO. 
Gigabyte AORUS 17X

Merupakan model termahal, ia memfokuskan spesifikasi terbaik antara yang terbaik dalam jenama Gigabyte. Ia mempunyai paparan besar 17.3 inci FHD dengan kadar segar semula 240Hz. Ia satu-satunya laptop dalam senarai yang menggunakan cip Intel i9 berbanding model lain yang hanya Intel i7. Antara fokus laptop adalah papan kekunci mekanikal dengan suis Omron.



  • Intel Core i9-10980HK / i7-10875H

  • NVIDIA RTX 2080 SUPER MAX P (8G GDDR6)

  • RAM 32GB 3200MHz

  • Storan PCIE SSD 1TB

  • Paparan 17.3 inci FHD 240Hz

  • Harga jualan rasmi: RM17,999 (i9), RM15,999 (i7)


Gigabyte AORUS 17G

Dari segi perkakas, ia hampir sama dengan 17X dengan spesifikasi yang sedikit rendah. Namun masih juga mempunyai papan kekunci mekanikal Omron dan juga paparan 240Hz.



  • Intel Core i7-10875H

  • NVIDIA RTX 2080 SUPER MAX Q (8G GDDR6)

  • RAM 32GB 3200MHz

  • Storan PCIE SSD 512GB

  • Paparan 17.3 inci FHD 240Hz

  • Harga jualan rasmi: RM12,999


Gigabyte AORUS 15G

Ia lebih kepada penawaran 17G, namun dalam reka bentuk 15.6 inci. RAM juga dikecilkan kepada 16GB serta storan kepada 512GB. Namun dari segi kuasa pemprosesan, ia masih lagi sama seperti model-model lebih berkuasa.



  • Intel Core i7-10875H

  • NVIDIA RTX 2080 SUPER MAX Q (8G GDDR6)

  • RAM 16GB 3200MHz

  • Storan PCIE SSD 512GB

  • Paparan 15.6 inci FHD 240Hz

  • Harga jualan rasmi: RM12,499


Gigabyte AERO 15

Merupakan laptop disasarkan untuk creator. Ia memfokuskan kepada kejituan warna dan resolusi paparan dari jenis OLED, variasi I/O, dan penggunaan bateri yang tahan lama. Ia juga mempunyai rekaan nipis dan ringan untuk penggunaan mudah-alih. Namun ia kurang sesuai untuk bermain permainan berbanding model lain kerana kadar segar semula yang rendah hanya 60Hz sahaja.



  • Intel Core i7-10875H

  • NVIDIA RTX 2070 / 2070 SUPER MAX Q (8G GDDR6)

  • RAM 16GB 3200MHz

  • Storan PCIE SSD 512GB

  • Paparan 15.6 inci 4K OLED 60Hz

  • Harga jualan rasmi: RM11,999 (RTX 2070 SUPER), RM10,999 (RTX 2070).


Gigabyte AORUS 7

Variasi spesifikasi laptop 17.3 inci dalam pakej lebih mampu milik. Ia turut dikuasakan oleh cip Intel i7, namun menggunakan varian kad grafik lebih rendah RTX 2060. Kadar segar semula paparan pula dikurangkan ke 144Hz FHD manakala kelajuan RAM diturunkan ke 2666MHz.



  • Intel Core i7-10750H

  • NVIDIA RTX 2060 (6GB GDDR6)

  • RAM 16GB 2666MHz

  • Storan PCIE SSD 512GB

  • Paparan 17.3 inci 144Hz FHD

  • Harga jualan rasmi: RM6,999


Gigabyte AORUS 5

Model yang paling mampu milik antara yang mampu milik. Hadir dengan rekaan 15.6 inci 144Hz FHD dengan pilihan RTX 2060 atau GTX 1660 Ti. Dari segi RAM ia hanya mempunyai 8GB sahaja.



  • Intel Core i7-10750H

  • NVIDIA RTX 2060 / GTX 1660 Ti (6GB GDDR6)

  • RAM 8GB 2666MHz

  • Storan PCIE SSD 512GB

  • Paparan 15.6 inci 144Hz FHD

  • Harga jualan rasmi: RM6,799 (RTX 2060), RM5,999 (GTX 1660 Ti)


Berminat? Boleh kunjungi laman Gigabyte atau Facebook Gigabyte.