Jadi, ini merupakan fungsi menarik pada Android 11 Beta tersebut:
Notifikasi untuk aplikasi sembang pada bahagian khas : Mana-mana notifikasi mesej dari aplikasi permesejan seperti WhatsApp atau Telegram akan dipaparkan pada bahagian atas sekali di bawah Quick Settings.
Pengguna juga boleh menekan lama notifikasi tersebut untuk menjadikannya sebagai notifikasi utama. Kemudiannya, avatar penghantar akan dipaparkan terus kepada laman kunci peranti dan juga membolehkan notifikasi tidak dihalang oleh fungsi Do Not Disturb.
Bubbles: Jika anda menggunakan Facebook Messenger, anda mesti biasa dengan fungsi 'bubbles' ini. Pada Android 11, mana-mana aplikasi permesejan yang anda sedang gunakan akan mudah diakses. Ia membolehan anda tidak perlu membuka aplikasi secara terus dan hanya menekan buih sembang itu sahaja.
One-time permissions: Android 11 menambah pilihan untuk aplikasi anda untuk mengakses perkara sensitif seperti lokasi, mikrofon, ataupun kamera. Kali ini, ia menambah pilihan "only this time" yang membenarkan satu sesi akses sahaja.
Fungsi yang sama ini telah diimplementasi dalam iOS akhirnya hadir juga ke Android.
Menu butang kuasa baharu: Kini butang kuasa anda memberikan kawalan seumpama laman pemuka yang membolehkan anda melihat kad pembayaran, peranti pintar dalam bilik, dan juga tetapan yang lain.
Rakaman skrin: Sama sebagaimana iOS, Android 11 hadir dengan rakaman skrin terbina ringkas. Kini anda tidak perlu lagi memuat turun aplikasi pihak ketiga.
Perubahan tangkap layar skrin: Android 11 kini tidak lagi menyifatkan tangkap layar sebagai sebuah notifikasi. Sama juga seperti iOS, skrin layar yang ditangkap akan keluar di bahagian bawah kiri skrin dan juga menyertakan menu untuk berkongsi atau menyunting gambar tersebut.
Android 11 Beta kini sedia dimuat turun untuk Pixel 2, Pixel 3a, Pixel 3 dan Pixel 4. Walau bagaimanapun, perlu difahamkan bahawa ia merupakan Beta dan Google mampu dan boleh mengubah mana-mana fungsi mengikut suka hati mereka.
Versi akhir Android 11 rasmi nanti mungkin ada sedikit perubahan. Ia dijadualkan pengumumannya pada suku ketiga tahun ini seiring dengan pelancaran peranti Pixel 5.
Pautan untuk muat turun Android 11 Beta : https://developer.android.com/preview/get
Berkaitan
- Android 11 Beta Akan Diumumkan 3 Jun Ini, Versi Akhir Rasmi Suku Ketiga Kelak
- Permainan GRID Autosport Bakal Tiba Untuk Android Hujung Bulan November Ini
- Marvel Umum Permainan Dunia Terbuka RPG Future Revolution Untuk Android Dan iOS
- 17 Aplikasi Android Yang Mencuri Data Ini Telah Dibuang Dari Google Play Store
- Google Play Protect Kini Menyekat Pemasangan Aplikasi AnTuTu Benchmark
- Pertumbuhan Xiaomi Di Malaysia Meningkat Kepada 113% Berbanding Tahun Lepas Untuk Suku Ketiga Tahun 2020
- Google Dikenakan Tuntutan Mahkamah Kerana Jejak Data Pengguna Dalam Mod Incognito
- Google Maps Live View Bakal Paparkan Mercu Tanda, Mudahkan Navigasi AR
- Google: Kualiti Kamera Pixel 5 Tidak Terjejas Walaupun Tiada Pixel Neural Core Dan Hanya Cip Snapdragon 765G
- 11 Syarikat Pemula Di Malaysia Dipilih Menyertai Program Microsoft Emerge X