Ini Imej Paling Hampir Dengan Matahari Yang Berjaya Dirakam Oleh NASA Solar Orbiter

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah berkongsikan imej pertama matahari yang diperolehi pada kedudukan paling hampir menerusi NASA Solar Orbiter yang melintasinya.

These unprecedented pictures of the Sun are the closest we have ever obtained,” Holly Gilbert, saintis.

Menurut beliau, imej-imej mengkagumkan ini akan dapat membantu para saintis astronomi memahami lapisan matahari serta bagaimana ia mempengaruhi cuaca angkasa lepas berhampiran bumi menerusi sistem solar.

https://twitter.com/NASASun/status/1283739829268819968?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1283739829268819968%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cnet.com%2Fnews%2Fclosest-ever-images-of-the-sun-reveal-potential-mini-explosions%2F

Walaubagaimanapun, para saintis NASA yang mengkaji matahari masih mengharapkan data yang lebih banyak dan tepat apabila Solar Orbiter mereka berada lebih hampir dengan matahari nanti.

Solar Orbiter merupakan kolaborasi antarabangsa Agensi Angkas Lepas Eropah (ESA) dan NASA khusus bagi mengkaji matahari.

Ia dibangunkan oleh Airbus Defence and Space dengan 10 instrumen utama yang disumbangkan oleh 9 ahli ESA dan 1 dari NASA.

Sumber: NASA