Ini Hasil 60x Zoom Dari Kamera OPPO Reno 10x Zoom

Saban tahun kita telah dihidangkan dengan pelbagai ciri dan fungsi terutama sekali dibahagian kamera telefon pintar. Salah satu yang disebut-sebut tentu sekali peranti flagship dari OPPO Reno 10x Zoom Edition, siri terbaru dari OPPO.



OPPO Reno 10x Zoom Edition telah dijadualkan pelancarannya pada 27 Mei ini untuk pasaran tanah air. Tampil menarik dengan kamera hadapan terangkat rekaan "sirip jerung", ia dihuni lensa 16MP untuk rakaman swafoto. Memperkuatkan lagi spesifikasi adalah tiga kamera belakang gabungan lensa 48MP (f/1.7)+13MP (f/3.0)+8MP (f/2.2).

Menarik mengenai OPPO Reno 10x Zoom Edition ialah ia mempunyai sokongan zoom 10x lossless serta keupayaan 60x zoom digital, melebihi Huawei P30 Pro (50x zoom).

Demo 1:

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Ev8slmSuAG4&feature=youtu.be[/embed]

 



Demo 2:

[embed]https://youtu.be/eNJVJ07LhBQ[/embed]

 



Kebolehan zoom ini diperolehi melalui modul lensa periskop dengan jarak focal 16-60mm ditambah pula dengan Penstabilan Imej Optikal bagi mengurangkan gegaran ciri zoom digunakan.

Spesifikasi lain yang boleh didapati pada peranti ini adalah paparan AMOLED 6.65 inci, Snapdragon 855 serta dijana melalui bateri 4065mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0. Seperti disebutkan diatas, ia akan muncul rasmi di Malaysia pada 27 Mei ini.

Setelah melihat kemampuan kamera OPPO Reno 10x zoom edition ini, adakah bercadang untuk memilikinya? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.