Pixel 2XL dilancarkan sejak 2017 lalu dan sudah dinaik taraf dua kali kepada Android 9 Pie dan Android 10. Model-model Pixel telah dijanjikan dengan tiga kali naik taraf sistem operasi, bermaksud ini Android 11 adalah kemaskini terakhir yang akan diterima.
El año pasado también se filtró meses antes una build de Android Q que era en realidad Aosp 9.
Parece probable que en marzo tendremos la DP1 de Android R para el Pixel 2/3/3a/4.
Habrá que ver si trae novedades importantes o no pic.twitter.com/6iQdHe6Q2Y
— Iván ???️?? (@DroidIvan_) February 4, 2020
Pada Android 11, ia dikatakan mampu membuat pemindahan fail seperti video lebih daripada 4GB. Menurut PhoneArena, fail bersaiz 32GB berjaya dihantar peranti Android tanpa ia dipecahkan kepada fail-fail yang kecil.
Selain itu, ciri Airplane Mode tidak akan menyahaktifkan fungsi Bluetooth secara automatik. Dengan ini pengguna fon telinga tanpa wayar, tidak perlu menghidupkan kembali Bluetooth apabila mereka mengaktifkan mod berkenaan.
Android 10 sedia menawarkan mod gelap pada sistem dan versi seterusnya akan menambahbaik ciri tersebut. Ia akan menyokong lebih banyak lagi aplikasi pihak ketiga serta ciri penjadualan ciri mod gelap.
Sistem operasi ini juga mungkin akan menyediakan ciri floating chat bubbles. Apabila teks perbualan masuk, skrin akan memaparkan gambar penghantar, ikon aplikasi mesej yang sedang digunakan dan sebahagian mesej.
Apabila bubbles itu disentuh, tetingkap terapung akan terpapar membolehkan pengguna melihat keseluruhan mesej, membalas mesej dan lain-lain.
Laman XDA-Developers pula mengesan Android 11 mungkin memberikan kemudah untuk mencetak imej dan PDF. Ia akan mempunyai satu butang pada aplikasi yang akan menghantar imej atau PDF kepada pencetak.
Sumber: Phone Arena
Berkaitan
- Samsung Menafikan Dakwaan Mengurangkan Prestasi Telefon Model Lama
- Microsoft Hentikan Sokongan Office 2007 Bermula Minggu Hadapan
- Kerjasama Grab Dan Celcom Berikan Tawaran Menarik Kepada Pelanggan
- Rakyat Malaysia Tidak Boleh Berenggang Dengan Telefon Pintar
- Permainan PlayStation 4 Kini Boleh Dimainkan Pada Komputer
- Tiada Lagi Monopoli Astro Dalam Penyiaran Televisyen Berbayar
- Beli Laptop Dan Dapatkan Jam Tangan ROG X G-SHOCK Edisi Terhad
- Redmi 8 Dikatakan Sudah Tersenarai Pada Laman Sesawang Badan Piawaian China
- Chromecast Generasi Ke-3 Dikatakan Dijual Sebelum Hari Pelancaran
- Remove China Apps Sudah Dipadam Dari Google Play Store