Ini Cara Tukar Ikon Tetikus Windows 11 Anda Supaya Jadi Lebih Menarik

Lama-lama anda mungkin berasa bosan dengan rupa ikon penunjuk tetikus yang biasa digunakan dalam komputer Windows anda.

Jadi, anda mungkin mahu menukarkannya kepada rupa yang lain bagi menghilangkan bosan atau menjadikan rupanya kepada lebih menarik.

Jadi, untuk mengubah rupa ikon tetikus Windows 11 anda itu, pertamanya buka Settings Windows 11.



Kemudian ketik pada Accessibility dan pilih Mouse pointer and touch.



Di bahagian Mouse pointer and touch ini anda dapat lihat terdapat sebanyak 4 pilihan rupa ikon tetikus yang boleh anda pilih. Selain itu, anda juga boleh menetapkan saiz ikon tetikus anda.

Kapsyen: Anda juga boleh menukarkan warna tetikus anda di sini dengan memilih ikon Tetikus ke-4 seperti rajah di atas.


Dalam tetapan Tetikus ini juga anda boleh menetapkan kelajuan tetikus yang selesa untuk anda ketika menggunanya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Baca juga: