Ini Alasannya Mengapa Setiap Kali Peranti Bermasalah, Anda Akan Disuruh Untuk Menghidupkannya Semula

Setiap kali anda mengadukan masalah mengenai telefon anda mudah "hang" atau tidak dapat berfungsi dengan baik, jawapan apa yang anda sering dengari?

"Cuba restart telefon tu dulu".  Betul tak? Bila dihidupkan semula, kebanyakan masalah itu pasti akan selesai. Pernahkah anda berfikir, apa pentingnya hidup semula atau restart ini kepada sesebuah peranti? Ini jawapannya.

Menyegarkan semula Random Access Memory(RAM)

Kapsyen: Slashgear


RAM atau bahasa mudahnya memori ini wujud dalam setiap telefon pintar yang digunakan pada hari ini. Ia bertindak seolah-olah sebagai 'otak' bagi peranti-peranti berkenaan.

Jika otak manusia ditekankan dengan terlalu banyak maklumat masuk dan tugasan kerja dalam satu-satu masa, pasti kita akan berasa pening kepala atau lebih teruk lagi, otak kita boleh jammed, kan?

Begitu juga dengan peranti. Apabila kita menggunakan terlalu banyak aplikasi dalam satu masa, memorinya akan penuh dan akan menyebabkan ia menjadi semakin perlahan atau 'hang'.

Walaupun kita keluar dari aplikasi secara betul atau memadamkan aplikasi yang berjalan secara background secara manual, ia masih lagi tidak bebas dari RAM dengan sepenuhnya.



Maka, dengan menghidupkan semula peranti, ia akan dapat membantu RAM kembali ke tahap paling optimum sekaligus memberikan pengalaman penggunaan yang kembali lancar dan pantas.

Tambahan pula, ia akan dapat membantu dalam menyelesaikan beberapa isu yang mungkin berpunca daripada aplikasi-aplikasi yang digunakan tanpa kita sedari.

Oleh sebab itu, kami nasihatkan kepada anda untuk menghidupkan semula telefon pintar anda sekurang-kurangnya sekali setiap satu minggu.

Bagaimanapun, menghidupkan semula peranti bukanlah satu jalan penyelesaian untuk semua masalah peranti.

Jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan walaupun selepas menghidup semula, kami nasihatkan anda untuk bertemu dengan pakar.

 

Sumber: How-To Geek

 

Berkaitan