Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Redmi 8 Dilancarkan Di India – Peranti Bajet, Dwi Kamera dan 5000mAh

Ini Alasan Mengapa Redmi 8 Menggunakan Snapdragon 439

Diterbitkan Oktober 15, 2019 oleh Helmi Samsuri

Meneruskan legasi siri Redmi sedia ada, sub jenama Xiaomi itu sedia menawarkan peranti kelas permulaan mereka, Redmi 8 untuk pasaran tempatan beberapa hari lalu.

Dijual pada tanda harga bermula dari RM499, namun keluaran kali ini mula menjadi persoalan dalam kalangan peminat oleh kerana cip pemprosesan yang menguasakannya lebih rendah berbanding Redmi 7.

Untuk makluman, Redmi 7 sebelum ini menggunapakai Snapdragon 632 sementara Redmi 8 yang terbaru yang dilengkapi Snapdragon 439. Walaupunbegitu, syarikat pengeluar mempunyai alasan tersendiri untuk penawaran mereka itu dimana Pengurus Besar, Lu Weibing menjelaskannya pada akaun Weibo beliau.

Menurut Weibing, sebelum Redmi 8 dikeluarkan, satu kaji selidik telah dilakukan yang mana rata-rata pengguna mahukan peranti mempunyai kuasa bateri lebih besar, pengalaman penggunaan pantas serta lancar dan juga rekaan berkualiti.

Redmi 8 Dilancarkan Di Malaysia – 5000mAh, 3GB/32GB Bermula RM499

Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut maka lahirlah Redmi 8 yang dilihat mengikut kehendak bakal pembeli iaitu bateri berkapasiti 5000mAh, port USB C dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

Penggunaan Snapdragon 439 pula dinyatakan kerana prestasi yang ditawarkan hampir menyamai Snapdragon 625 dan untuk mengukuhkan perkara itu, Weibing turut berkongsi markah antutu bagi kedua-dua cip pemprosesan tersebut.

SD 625 vs SD 439

Keupayaan cip siri 400 itu juga dibantu oleh Mi Turbo 2.0 untuk kelancaran operasi serta memori dan berlandaskan simulasi yang dilakukan Redmi, model terbaru ini mengalami penurunan prestasi sebanyak 35% selepas 2 tahun penggunaan.

Menuruti kehendak peminat melalui kaji selidik itu, Redmi 8 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh, port USB C menyokong pengecasan pantas 18W.

Weibing berpendapat sekiranya pengguna lebih tertumpu kepada jangka hayat bateri lebih lama boleh memilih Redmi 8 ini tetapi jika sebaliknya, pengguna boleh mendapatkan Redmi 7 atau Redmi 8 Pro yang lebih tinggi spesifikasinya.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY