Ini Adalah Senarai Negara Yang Penduduknya Paling Lama Meluangkan Masa Mereka Di Media Sosial

Pengguna berumur antara 16 hingga 24 tahun adalah pengguna utama media sosial.


Berdasarkan data terbaru yang dilaporkan oleh penyelidik dari laman statistik Statista, pengguna internet di seluruh dunia secara purata menghabiskan masa mereka di media sosial adalah selama 2 jam 23 minit sehari.

Pada tahun 2018, dianggarkan seramai 2.65 bilion pengguna di seluruh dunia telah menggunakan media sosial. Media sosial yang terdiri daripada pelbagai platfom ini termasuklah laman Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat, WhatsApp, Facebook Messenger dan lain-lain.

Kapsyen: Setakat Februari 2019, Facebook masih kekal sebagai media sosial paling popular di dunia. Kredit: Statista


Bersumberkan data daripada Global Web Index, penduduk di negara Filipina adalah pengguna yang paling lama secara purata meluangkan masa mereka di media sosial iaitu selama 4 jam 01 minit setiap hari.

Ia diikuti oleh, Nigeria, Mexico, Turki dan Russia sebagai 5 negara teratas penduduknya yang paling lama menghabiskan masa mereka di media sosial.



Data yang diperolehi ini adalah hasil kaji selidik yang dijalankan ke atas 575,000 pengguna internet yang berumur antara 16-24 tahun  dari 46 buah negara.

Pada tahun 2021 nanti, dianggarkan pengguna media sosial akan meningkat sehingga 3.1 bilion di seluruh dunia.

Berkaitan