Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kesatuan Eropah Kaji Peraturan Melarang Iklan Di Dalam Aplikasi

Apple Akan Mengehadkan Ciri Aplikasi Sembang Yang Dimiliki Facebook

Diterbitkan Ogos 8, 2019 oleh ariff bukhari

WhatsApp, Messenger dan aplikasi sembang sosial yang selain dari  Apple akan dihadkan ciri yang ada pada peranti mereka.

Apple dilaporkan akan menyekat beberapa ciri yang ada pada aplikasi sembang sosial seperti WhatsApp, Facebook Messenger serta terhadap aplikasi sembang sosial yang lain. Khususnya yang memiliki ciri panggilan menerusi internet.

Ini kerana mereka mendapati ciri panggilan yang dimiliki aplikasi-aplikasi itu telah mengutip data panggilan penggunanya disebalik sistem walaupun aplikasi tersebut tidak digunakan.

Apple mengehadkan akses kutipan data pengguna oleh aplikasi-aplikasi itu ketika pengguna sedang membuat panggilan internet.

Langkah yang diambil Apple ini akan memberi kesan terhadap pembangun aplikasi-aplikasi tersebut yang mungkin terpaksa mereka bentuk semula aplikasi mereka itu bagi memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan Apple untuk membolehkan aplikasi-aplikasi itu digunakan pada peranti keluaran mereka.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY