Model-model Mac terdahulu ini tidak menyokong sepenuhnya kemas kini terbaru yang dilepaskan Apple untuk macOS.
Isu serangan ZombieLoad atau juga dikenali sebagai Microarchitectural Data Sampling (MDS) pada cip Intel, telah pun ditangani oleh pihak Intel dan Apple menerusi kemas kini terbaru macOS Mojave (10.14.5) dan kemas kini keselamatan bagi macOS Sierra (2019-003) dan High Sierra (2019-003).
Namun begitu, Apple memaklumkan dalam dokumentasi yang diterbitkan mereka tentang isu ini bahawa, kemas kini terbaru yang dilepaskan itu tidak dapat diaplikasikan pada kesemua model Mac.
Ini kerana disebabkan oleh ketiadaan kemas kini kod mikro terbaru dari Intel untuk cip-cip pemprosesan Intel yang digunakan pada model-model Mac terdahulu.
Ini bermakna, kemas kini yang dilepaskan oleh Apple bagi menangani isu serangan ZombieLoad / MDS tidak dapat ditangani pada model-model Mac ini.
Malah ciri bagi mematikan fungsi hyper-threading bagi cip Intel untuk Mac terbabit tidak boleh dilakukan oleh pemilik untuk tujuan bagi mengekang serang ZombieLoad. pada Mac.
Berikut adalah model-model Mac yang tidak menyokong sepenuhnya kandungan kemas kini terbaru macOS Mojave (10.14.5) dan kemas kini keselamatan bagi macOS Sierra (2019-003) dan High Sierra (2019-003) yang telah pun dilepaskan pihak Apple tempoh hari.
- MacBook (13″, lewat 2009)
- MacBook (13″, Pertengahan 2010)
- MacBook Air (13″, lewat 2010)
- MacBook Air (11″, lewat 2010)
- MacBook Pro (17″, Pertengahan 2010)
- MacBook Pro (15″, Pertengahan 2010)
- MacBook Pro (13″, Pertengahan 2010)
- iMac (21.5″, lewat 2009)
- iMac (27″, lewat 2009)
- iMac (21.5″, Pertengahan 2010)
- iMac (27″, Pertengahan 2010)
- Mac mini (Pertengahan 2010)
- Mac Pro (lewat 2010)
Ini juga bermakna, kemungkinan besar Mac yang tersenarai ini juga tidak akan lagi menyokong sepenuhnya kemas kini dari Apple bagi menangani isu seperti ZombieLoad pada masa akan datang.
Berkaitan
- macOS Terbaru Kini Dikenali Sebagai macOS Big Sur
- Apple Lancar Stor Atas Talian Rasmi Di Vietnam
- Apple Mungkin Perkenalkan Model iPhone Pro Tahun Ini
- Pengguna Di China Kini Boleh Beli Produk Apple Dari Aplikasi WeChat
- Amazon Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019
- Model Terakhir Macbook Dengan 'SuperDrive' Kini Dikategorikan Usang
- Ada Apa Dengan Logo Acara Istimewa Apple 2019?
- Harga Rasmi Apple Watch Series 5 Dan Series 3 Versi Selular Di Malaysia
- Rimac Nevera Pecah Rekod Dunia Kereta Mengundur Terpantas Pula
- Apple Turunkan Harga iPhone 13 Dan 12