Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Model Terakhir Macbook Dengan ‘SuperDrive’ Kini Dikategorikan Usang

Model Terakhir Macbook Dengan ‘SuperDrive’ Kini Dikategorikan Usang

Diterbitkan Februari 2, 2024 ยท Dikemas kini Februari 2, 2024 oleh ariff bukhari

Masih ingat dengan model Macbook Pro 13 inci pertengahan 2012? Ia merupakan model komputer riba terakhir yang dikeluarkan Apple yang dilengkapi dengan pemacu cakera (Apple panggilnya sebagai SuperDrive) bagi memainkan CD atau DVD.

Berdasarkan semakan terkini di laman sokongan Apple yang menyenaraikan produk-produk Apple yang dikategorikan sebagai vintaj dan usang, Macbook Pro pertengahan 2012 kini disenaraikan sebagai produk usang.

Ini tidak menghairankan kerana, Macbook tersebut sudah pun berusia lebih daripada 10 tahun.

Apple berhenti menjual MacBook Pro 13-inci pertengahan 2012 ini pada bulan Oktober 2016 (tapi ia tersedia untuk seketika sebagai pilihan Macbook dalam barisan Pro).

Model Terakhir Macbook Dengan ‘SuperDrive’ Kini Dikategorikan Usang
Berat komputer riba 13 inci Apple ini dahulu seberat 2.06kg.

Apple menetapkan, sesebuah produk mereka akan dianggap usang apabila Apple berhenti mengedarkannya untuk dijual lebih daripada 7 tahun .

Apabila dikategorikan usang, Apple akan menghentikan semua perkhidmatan perkakasan untuk produk tersebut, dan penyedia perkhidmatan tidak boleh memesan bahagian untuk produk usang.

Namun begitu, komputer riba Mac mungkin layak untuk tempoh pembaikan bateri yang dilanjutkan sahaja sehingga 10 tahun dari masa produk terakhir diedarkan untuk dijual, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

Beli pelbagai model komputer riba terbaru Apple dari stor rasmi di:

Shopee: https://invl.io/clkodor

Lazada: https://invol.co/clkodow

Berkaitan

  • Harga DRAM Dan Storan SSD Dijangka Naik Mendadak Tahun Ini
  • 'IP Address' Lepas Ini Mungkin Lebih Ringkas Dan Mudah Faham
  • Tidak Lagi Nokia Mobile, Kini Dikenali HMD

Sumber: Apple, Apple 1, Ars Technica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY