Ini 6 Watak/Hero Dota 2 Dan Mobile Legends Yang Mirip Satu Sama Lain

Dota atau Defence of the Ancients merupakan antara permainan versi MOBA terawal yang popular di kalangan rakyat negara ini. Sejak pengenalannya, pelbagai permainan seumpamanya muncul bagi mencabar kedudukan Dota.

Permainan seperti League of Legends misalnya menampilkan konsep yang sama tetapi dengan mekanik permainan yang berbeza. Dengan kemajuan peranti mudah alih seperti telefon pintar, permainan dengan konsep MOBA atau Mobile MOBA mula membanjiri platfom tersebut.

Antara yang dominan adalah Mobile Legends: Bang Bang (ML). Sebagai antara yang terawal di platfom telefon pintar, ML tidak dapat lari dari dibandingkan mengenai persamaannya antara permainan popular MOBA yang lain. Sebagai permulaan, kami akan cuba membandingkan persamaan antara permainan ML bersama-sama Dota 2 dari segi karakter.

Persamaan Penampilan Karakter

  • Balmond & Axe


Kapsyen: Kredit: Dunia Games


Karakter pertama yang masuk entri kali ini adalah Balmond dari ML dan Axe dari Dota 2. Dari tema karakter yang terlihat, kemiripan antara kedua-dua karakter ini terserlah dari penggunaan warna merah dan senjata yang digunakan. Kedua-dua karakter ini berada di dalam kelas initiator dan akan berada di barisan hadapan setiap kali pertempuran berlaku.

Untuk set skill pula, terdapat sedikit perbezaan di mana Balmond mengguna pakai skill dari satu lagi karakter Dota 2 yang dekat dengan Axe iaitu Juggernaut. Skill ke-2 Balmond, Cyclone Sweep akan membuatkan Balmond berpusing-pusing menghayunkan kapaknya ke arah lawan; sama seperti skill pertama Juggernaut, Blade Fury.

https://youtu.be/j29G1cne5d4

https://youtu.be/W-CDmcskTKQ

  • Sun & Monkey King






Untuk pengetahuan pembaca, karakter raja monyet/monkey king/sun wukong merupakan karakter popular yang digunakan untuk pelbagai permainan maya. Karakter ini diambil bersempena karakter mitologi dari China iaitu Sun Wukong, dewa monyet yang nakal dan licik. Karakter ini mempunyai pelbagai variasi di dalam permainan seperti Dota 2, ML, LoL dan juga Smite.

Karakter ini akan menampilkan fizikal berbentuk monyet yang akan memakai mahkota dan membawa kayu atau lembing panjang sebagai senjata. Sehubungan itu, kedua-dua permainan Dota 2 dan ML telah menggunakan tema yang sama untuk karakter monyet mereka.

Skill bagaimanapun tidak sama kerana Sun di dalam ML lebih menyerupai Phantom Lancer di dalam Dota 2. Ia lebih mengguna pakai bayangan sendiri untuk menewaskan pihak lawan.

https://youtu.be/-sHpToLgu0g

https://youtu.be/LqtkfCLjJz4

  • Miya & Drow Ranger




Sebagai permulaan, kedua-dua karakter ini memakai busur dan anak panah sebagai senjata. Tugas kedua-dua karakter ini adalah pembunuh pasukan dan memerlukan damage tinggi pada fasa akhir perlawanan untuk membantu pasukan memenangi sebarang pertempuran. Kedua-dua karakter ini juga mempunyai skill memperlahankan pihak musuh dengan tujuan untuk 'melemaskan' mereka.

Untuk kelebihan-kelebihan yang sudah disebut, nyawa Miya dan Drow Ranger adalah rendah dan sering menjadi keutamaan pihak lawan untuk cuba membunuhnya terlebih dahulu.

https://youtu.be/nLKkp0f_b4Q

https://youtu.be/AKL6AvnXSq4

Persamaan Skill Karakter

  • Natalia & Riki






Perbandingan kali ini pula adalah berkenaan skill karakter semata-mata dan untuk perbandingan pertama, kita akan melihat karakter Riki dari Dota 2 dan Natalia dari ML. Tema karakter ini halimunan dan serangan dari belakang. Natalia memerlukan bush untuk mengaktifkan skill halimunannya manakala Riki hanya tidak memerlukan apa-apa untuk menjadi halimunan.

Kedua-dua karakter ini memanfaatkan serangan dari belakang untuk mengakibatkan kerosakan yang tinggi kepada musuh. Mereka juga mempunyai skill melumpuhkan pihak lawan (Riki=Smoke Screen,Natalia=Smoke Bomb) bagi menghukum pihak lawan yang sukar melarikan diri.

https://youtu.be/ZU6RlwlOD7E

https://youtu.be/kvravEuc6Do

  • Tigreal & Magnus






Tigreal dan Magnus pula merupakan karakter penting dan mempunyai kebolehan untuk menukar hala tuju perlawanan bila diperlukan. Skill ultimate mereka, Tigreal=Implosion dan Magnus=Reverse Polarity boleh melumpuhkan keseluruhan pihak musuh dan memastikan pasukan anda memenangi pertarugan tersebut.

Mereka juga mampu menarik perhatian pihak lawan sementara memberikan masa dan ruang kepada pasukan sendiri untuk melakukan serangan balas.

https://youtu.be/2U5sXB1o2Xk

https://youtu.be/VFCLmTcr1p8

  • Franco & Pudge


Kapsyen: Kredit: Merah Putih


Untuk entri terakhir, kita akan melihat persamaan yang hampir total iaitu Franco & Pudge. Kedua-dua karakter ini mempunyai penampilan fizikal yang agak serupa termasuklah set skill yang mengiringi karakter tersebut. Sebagai permulaan, kedua-dua karakter ini mempunyai skill untuk 'memancing' pihak lawan kepadanya. Melengkapkan skill tersebut adalah kebolehan ultimate mereka yang akan melumpuhkan pihak lawan bagi menutup karakter lawan yang penting untuk dibunuh terlebih dahulu.

Kedua-dua karakter ini berada di dalam kelas 'tank' bagi membolehkan mereka untuk bertahan di dalam pertempuran sementara ahli pasukan memusnahkan karakter pihak lawan yang lain. Pemain yang menggunakan Franco dan Pudge ini memerlukan pemahaman permainan yang tinggi bagi membaca situasi perlawanan agar tidak 'memancing' karakter lawan yang salah seterusnya membuatkan pasukannya kalah dalam pertempuran tersebut.

https://youtu.be/kK8o5jE5KEk

https://youtu.be/RHbigBNGz4o