Ini 3 Model Baru Yang Akan Dilancarkan Xiaomi Malaysia Minggu Hadapan

Sudah diumumkan secara global, kini mengambil giliran adalah pengenalan secara rasmi untuk pasaran di Malaysia.

Peranti yang dimaksudkan adalah siri Redmi Note 9 iaitu Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro dan sebuah lagi merupakan Mi Note 10 Lite.

Ketiga-tiga peranti ini telah dijadualkan pelancaran dalam negara pada Isnin ini bersamaa dengan 11 Mei 2020. Diadakan secara dalam talian, acara tersebut boleh ditonton pada jam 2 petang di Facebook Xiaomi Malaysia.



Kedatangan model asas Redmi Note 9, Note 9 Pro dan Mi Note 10 Lite ini bakal melengkapkan penawaran sedia ada bagi kedua-dua siri. Namun jika anda terkeliru dengan nama model bagi tawaran peranti di pasaran India, global dan Malaysia, boleh lanjutkan bacaan di artikel ini - Redmi Note 9 Versi Asas Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G85, Bateri 5020mAh, Kuad Kamera 48MP.

Berkenaan dengan harga, spesifikasi lebih lengkap untuk pasaran tempatan dan promosi berkaitan, sama-sama kita nantikan acara perasmian minggu hadapan.