Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO R9s Edisi Hijau Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah Bermula 11 Ogos Ini

OPPO R9s Edisi Hijau Boleh Mula Di Beli Secara Pra-Tempah Bermula 11 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 7, 2017 · Dikemas kini Ogos 7, 2017 oleh Helmi Samsuri

Hampir 8 bulan ia diperkenalkan di pasaran tanah air, OPPO Malaysia kini membawakan variasi warna baru untuk peminat tempatan.

Edisi warna hijau itu pertama kali di perkenalkan di pasaran global pada bulan Mac yang lalu, dan bagi anda yang berhajat untuk memiliki OPPO R9s berwarna hijau bolehlah membelinya secara pra-tempah.

Pra-tempah akan bermula pada minggu hadapan, 11 Ogos 2017 dan ia boleh dibuat di rangkaian…

  • gedung konsep OPPO
  • gedung dalam talian

…dengan harga RM1798. Sewaktu pelancarannya di China tahun lalu, OPPO menawarkan 3 variasi warna iaitu…

  • hitam,
  • emas,
  • ros emas,

…serta disusuli dengan warna merah bersempena dengan Hari Kekasih. Berikut merupakan spesifikasi ringkas OPPO R9s.

  • Skrin paparan 5.5 inci
  • Kamera 16MP untuk kedua-dua bahagian dengan sokongan video 4K
  • RAM 4GB dan storan dalaman 64GB
  • Cip pemproses  Snapdragon 625
  • Kapasiti bateri 3010mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY