Redmi Note 9 merupakan versi atau model asas dalam siri Note 9. Model ini mempunyai spesifikasi sedikit rendah untuk membezakan dirinya dengan model-model lain dalam siri tersebut. Dari segi keseluruhan walau bagaimanapun, peranti memiliki rupa paras hampir sama berbanding model abang-abangnya.
Bermula dengan paparan, ia berukuran sedikit kecil 6.53 inci IPS LCD dengan resolusi Full HD+. Terdapat juga takuk seumpama pada Redmi Note 9 Pro dan Pro Max yang memuatkan sensor swafoto 13 MP.
Selain itu, cip yang digunakan juga berbeza, untuk Redmi Note 9, ia menggunakan cip MediaTek Helio G85. RAM yang dibekalkan juga adalah sedikit kecil bermula 3GB dan 4GB untuk varian tertinggi. Manakala untuk storan dalaman adalah 64GB/128GB UFS 2.1.
Kamera belakang terdiri daripada 4 lensa dengan 48 MP (f/1.8) utama, 8 MP (f/2.2) sudut lebar, 2 MP depth. dan 2 MP (f/2.4) makro. Konfigurasi kamera ini adalah sama jika dibandingkan dengan Redmi Note 9 Pro dan Redmi Note 9S (Malaysia).
Lain-lain spesifikasi adalah sama dengan bateri berkapasiti 5,020mAh dengan pengecasan pantas 18W. Ciri-ciri lain yang terdapat pada peranti adalah pengimbas cap jari pada bahagian belakang, bicu audio 3.5mm, dan USB-C.
Redmi Note 9 dijual untuk pasaran global pada harga $199 (~RM855) untuk varian 3GB/64GB manakala $249 (~RM1,070) untuk model 4GB/128GB. Terdapat 3 pilihan warna yang boleh dipilih dari Forest Green, Polar White, dan Midnight Grey.
Selain model tersebut, pihak Xiaomi juga turut melancarkan model Redmi Note 9S dan Redmi Note 9 Pro untuk pasaran global. Jika anda keliru dengan model dan penamaan siri Redmi Note 9 ini, anda boleh rujuk jadual di bawah.
Pasaran India
- Redmi Note 9 Pro Max
- Redmi Note 9 Pro
- Redmi Note 9 (Tiada)
Pasaran Global (Artikel Ini)
- Redmi Note 9 Pro
- Redmi Note 9S
- Redmi Note 9
Pasaran Malaysia
- Redmi Note 9 Pro/Max (Tiada)
- Redmi Note 9S
- Redmi Note 9 (Tiada)
Untuk pasaran Malaysia, belum lagi diketahui sama ada model asas Redmi Note 9 ini akan hadir atau tidak. Sedangkan model paling berkuasa 'Pro' Redmi Note 9 ini pun, pengguna Malaysia masih belum sempat merasanya.
Berkaitan
- 9 Model Router Popular Disahkan 'Tak Selamat' Untuk Digunakan
- OPPO A53 Dilancarkan Dengan Snapdragon 460, Skrin 90Hz Dan Bateri 5,000mAh
- Macbook Air Dengan Cip Apple M1 Diperkenalkan, Ketahanan Bateri Sehingga 18 Jam - Harga Bermula RM4,399
- Vivo X30 Dilancarkan - Exynos 980, 5G, Dan Lensa Periskop Zoom Sehingga 60x
- HONOR 60 SE 5G Dilancarkan Di China - Pertama Dengan Cip MediaTek Dimensity 9000
- Margaret Keenan, 90 Tahun, Manusia Pertama Terima Vaksin Pfizer Covid-19 Di UK
- Sony Xperia 5 II Pula Ditawarkan Berharga RM4,099 Di Malaysia
- Redmi 9T Diperkenalkan Dengan Snapdragon 662 Dan 6,000mAh - Harga Bermula RM599
- [Ulasan] Huawei MateBook X Pro 2020 - Laptop Premium Huawei Berharga RM7,999
- Xiaomi Mi 10 Dan 10 Pro Siap Sedia Dilancarkan 23 Februari Di MWC 2020