Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-29T094912.192

Ini 10 Telefon Android Paling Berprestasi Setakat Julai 2024 Menurut AnTuTu

Diterbitkan Ogos 8, 2024 · Dikemas kini Ogos 13, 2024 oleh ariff bukhari

Laman penanda aras peranti pintar, AnTuTu baru sahaja mengeluarkan senarai untuk 10 telefon Android global dengan prestasi terbaik setakat Julai 2024.

AnTuTu menobatkan ASUS ROG 8 Pro di tangga pertama carta dengan purata skor markah 2,089,376.

Walau bagaimanapun, tidak jauh di belakang ROG 8 Pro adalah telefon pintar Android dari ZTE Nubia, Red Magic 9 Pro dengan purata skor sebanyak 2,074,046.

Sementara di tangga ketiga pula adalah iQOO 12 dengan purata markah AnTuTu 2,035,733.

Menariknya antara 3 peranti ini berdasarkan spesifikasi penanda aras AnTuTu, harga jualan rasmi bagi ROG 8 Pro adalah bermula RM4,799 dan Red Magic 9 Pro pula hanya dari RM3,799.

Manakala iQOO 12 pula berharga RM3,399. Ketiga-tiga peranti ini juga dipacu oleh cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3.

ROG 8 Pro
ROG 8 Pro dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3.
red 9Pro-Cyclone-1
Red Magic 9 Pro juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3.
iQOO 12 5G
iQOO 12 5G turut dipacu cip SD 8 Gen 3.

Berikut adalah senarai penuh 10 telefon Android global dengan prestasi terbaik setakat Julai 2024 menurut AnTuTu.

Antutu Julai 2024

 

Jadi, jika anda mencari telefon Android berprestasi terbaru ketika ini, bolehlah jadikan senarai di atas sebagai rujukan anda.

Sumber: AnTuTu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • iQOO 12 Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM3399
  • (Ulasan) ASUS ROG Phone 8 Pro Edition - Ini Zenfone Versi 'Gaming'
  • REDMAGIC 9 Pro Atau ROG Phone 8 Pro? Ini Jawapan Kami
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY