Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix GT 10 Pro Rasmi, Dijual Pada Harga RM999

Infinix GT 10 Pro Rasmi, Dijual Pada Harga RM999

Diterbitkan September 12, 2023 · Dikemas kini Oktober 13, 2023 oleh Firdaus

Infinix GT 10 Pro akhirnya dirasmikan pada hari ini, sebuah peranti ‘gaming’ mampu milik yang ditunggu-tunggu oleh anda selama ini.

@wisermy

INFINIX GT 10Pro, nampak macam midrange tapi spec Flagship 🔥 #wisermy #techtok #malaysia #fypシ #infinix

♬ Rayuan Perempuan Gila – Nadin Amizah

Berbanding siri Infinix Note 30, telefon pintar ini mempunyai dan menyokong ketersambungan 5G dan juga jauh lebih berkuasa.

Spesifikasi Penuh Infinix GT 10 Pro

Infinix GT 10 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8050 5G, memori RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 3.1 256GB dengan sokongan slot kad mikroSD hingga 1TB.

Infinix GT 10 Pro Rasmi, Dijual Pada Harga RM999

Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.67″ beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, kadar input sentuh 360Hz dan kecerahan maksimum 900 nits.

Telefon ini memberikan tetapan 3 kamera – 108MP utama, 2MP makro, 2MP kedalaman dan 32MP swafoto. Untuk bateri, peranti ini disokong kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W dan sokong ciri Bypass Charging. 

Infinix GT 10 Pro Rasmi, Dijual Pada Harga RM999

Infinix GT 10 Pro menggunakan sistem operasi XOS 13 for GT yang mempunyai sifar bloatware dan hadir dalam 2 pilihan warna – Cyber Black dan Mirage Silver.

Infinix GT 10 Pro

Antara ciri-ciri menarik dalam GT 10 Pro adalah pembesar suara stereo, ada bicu audio 3.5mm, NFC, sokong 5G, penarafan kalis air dan habuk IP53 dan diiktiraf Hi-Res Audio.

Anda boleh menonton video ulasan Infinix GT 10 Pro di atas melalui Platform YouTube Wiser. Tidak lupa juga, Infinix GT 10 Pro menyokong 2 tahun kemas kini OS dan sekuriti.

Harga dan Ketersediaan

WhatsApp Image 2023-09-12 at 6.55.19 PM

Infinix GT 10 Pro hadir dalam 1 variasi sahaja (8GB / 256GB) dan dijual pada tanda harga rasmi RM999 sahaja. Dan telefon ini sudah tersedia untuk anda beli melalui platform Shopee dan Lazada dalam pautan di bawah ini:

Beli Infinix GT 10 Pro di Shopee – https://invl.io/cljszwp

Beli Infinix GT 10 Pro di Lazada – https://invol.co/cljszx0

Berkaitan

  • Ini Senarai Telefon Xiaomi Yang Akan Terima Kemas Kini MIUI 15
  • Siri iPhone 15 - Ini Harga Dan Spesifikasi Penuh Yang Dijangka
  • Ini Spesifikasi realme 11x 5G, Bakal Hadir Pada 15 September
  • Macam Mustahil, Saiz GTA 6 Didakwa Sebesar 750GB
  • MediaTek Dimensity 9300 Dilapor Ada Isu Terlalu Panas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY