Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penghantaran iPhone 15 Pro Max Mungkin Ambil Masa Sebulan Biarpun Dah Tempah Awal

Siri iPhone 15 – Ini Harga Dan Spesifikasi Penuh Yang Dijangka

Diterbitkan September 12, 2023 · Dikemas kini September 12, 2023 oleh Firdaus

Siri iPhone 15 akan dilancarkan kurang daripada 1 hari ketika artikel ini ditulis. Untuk pengetahuan anda, barisan peranti Apple tersebut berkemungkinan besar akan lebih mahal untuk dimiliki.

Firma penyelidikan Taiwan, TrendForce meramalkan harga jualan yang seimbang untuk setiap model siri tersebut. Namun, iPhone 15 Pro Max dijangkakan mengalami peningkatan harga rasmi sekitar USD100 (~RM467.00).

Selain itu, Apple kebiasaannya akan menurunkan harga barisan peranti mereka yang lama apabila siri iPhone baharu dilancarkan nanti.

Oleh itu, anda boleh menjangkakan siri iPhone 14 akan tersedia pada harga yang lebih murah nanti. Berdasarkan hasil selidik dan kajian firma tersebut, berikut adalah jangkaan harga bagi siri Apple iPhone 15:

iPhone 15

  • 128GB – $799 (~RM3,799.00)
  • 256GB – $899 (~RM4,299.00)
  • 512GB – $1,099 (~RM5,199.00)

iPhone 15 Plus

  • 128GB – $899 (~RM4,299.00)
  • 256GB – $999 (~RM4,699.00)
  • 512GB – $1,199 (~RM5,699.00)

iPhone 15 Pro

  • 128GB –  $999 (~RM4,699.00)
  • 256GB – $1,099 (~RM5,199.00)
  • 512GB – $1,299 (~RM6,099.00)
  • 1TB – $1,499 (~RM6,999.00)

iPhone 15 Pro Max

  • 128GB – $1,199 (~RM5,699.00)
  • 256GB – $1,299 (~RM6,099.00)
  • 512GB – $1,499 (~RM6,999.00)
  • 1TB – $1,699 (~RM7,999.00)

iPHONE 15

Tambahan lagi, firma tersebut turut menyenaraikan spesifikasi jangkaan yang bakal ditawarkan oleh siri Apple iPhone 15 ini.

Selain port USB-C, model bukan Pro – iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dilaporkan tampil sensor kamera 48MP dengan paparan Dynamic Island.

Sementara itu, model Pro menawarkan pelbagai ciri-ciri baharu seperti bingkai aloi titanium-aluminium, CPU 3nm A17 Bionic dan kapasiti RAM yang lebih besar.

Di samping itu, model Pro juga dikhabarkan hadir dengan variasi storan bermula pada kapasiti 256GB hinggalah 2TB. Andai perkara ini adalah sahih, siri iPhone 15 Pro adalah barisan iPhone pertama dengan pilihan storan 2TB.

caviar iphone 15 pro_3
caviar iphone 15 pro_1

Hal ini demikian kerana koleksi Caviar untuk casing siri iPhone 15 Pro memberikan pilihan storan hingga 2TB untuk pembeli.

Berkaitan

  • Ini Senarai Telefon Xiaomi Yang Akan Terima Kemas Kini MIUI 15
  • Skrip One Piece Netflix Musim Ke-2 Dah Sedia, Tayangan Hujung 2024 Atau Awal 2025
  • Google Dilapor Dedahkan Imej Pixel Watch 2
  • Ini Spesifikasi Penuh Galaxy S23 FE Yang Dijangka
  • Redmi Note 13 Pro+ Akan Hadir Bulan Ini, Pertama Guna Dimensity 7200-Ultra

Oleh itu, sama-sama kita nantikan kehadiran siri iPhone 15 di platform YouTube dan laman web rasmi Apple pada jam 1 pagi 13 September waktu tempatan.

Beli Peranti Apple di Shopee – https://invl.io/cljqqqt

Beli Peranti Apple di Lazada – https://invol.co/cljqqr5

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY