Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Spesifikasi realme 11x 5G, Bakal Hadir Pada 15 September

Posted on September 12, 2023September 12, 2023

siri realme 11 Pro mendapat sambutan yang menggalakan pada beberapa bulan yang lepas. Dan pada hujung Ogos lepas, realme juga telah merasmikan realme 11 5G pada harga RM1,199.

Kini, realme telah mengesahkan kehadiran realme 11x 5G – sebuah peranti 5G dalam siri realme 11 pada 15 September nanti.

Spesifikasi realme 11x 5G

realme 11x 5G ini dikuasakan MediaTek Dimensity 6100+ 5G, memori RAM LPDDR4X 6GB / 8GB dan storan 128GB dengan sokongan slot kad mikroSD.

Peranti ini dilengkapi skrin LCD 6.72″ beresolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 680 nits.

Telefon ini memberikan sistem kamera – 64MP utama, 2MP potret dan 8MP swafoto. realme 11x disokong bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 33W.

{suggest}

Selain menjalankan realme UI 4.0 berasaskan Android 13, peranti ini mempunyai sokongan NFC, bicu audio 3.5mm, SA + NSA 5G dan mod dwi-SA yang bergantung kepada operator telko.

realme 11x 5G akan dilancarkan secara eksklusif di platform U Mobile pada hari Jumaat ini (15 September) dan akan tersedia dalam 2 pilihan warna – Purple Dawn dan Midnight Black.

Beli Peranti realme di Shopee – https://invl.io/cljsvld

Beli Peranti realme di Lazada – https://invol.co/cljsvlm

Sumber: Siaran Akhbar realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress