Macam Mustahil, Saiz GTA 6 Didakwa Sebesar 750GB

Jaga-jaga kepada pembaca di luar sana yang menantikan GTA 6 kerana khabar angin terbaru mendedahkan game tersebut akan mempunyai saiz yang cukup besar.

https://twitter.com/GTAVInewz/status/1700887732137119959

Berdasarkan akaun X yang selalu mendedahkan berita-berita terbaharu tentang GTA 6, GTA 6 News mendakwa GTA 6 dijangkakan hadir dengan saiz fail sebesar 750GB. Sekiranya benar, GTA 6 akan menjadi permainan video terbesar yang ada dalam pasaran.

Namun begitu, ramai juga dikalangan pengguna X yang tidak mempercayai akan berita tersebut. Hal ini demikian kerana saiz tersebut adalah terlalu besar untuk sesebuah permainan video dunia terbuka.

{suggest}

Saya faham dan akui bahawa GTA 6 akan hadir dalam saiz fail yang besar untuk dipasangkan. Tetapi saiz 750GB itu bagi pendapat saya sendiri terlalu besar.

Untuk perbandingan mudah, Red Dead Redemption 2 yang mempunyai grafik yang tinggi dan demanding itu baru sekitar 150GB. Tambahan lagi, permainan video dengan saiz fail terbesar ARK: Survival Evolved pun hanya setakat 250GB sahaja.

Oleh itu, tidak mustahil bahawa khabar angin ini adalah sebuah berita palsu. Selain itu, GTA 6 News juga menyatakan game ini mempunyai tempoh masa permainan hingga 400 jam lamanya.

Image

Untuk berita ini, saya boleh terima akan relevan di sebalik 400 jam masa permainan itu. Untuk pengetahuan anda, 400 jam itu adalah jumlah keseluruhan kandungan yang tersedia untuk anda mainkan.



Tambahan lagi, GTA 6 juga dilaporkan hadir dengan saiz bandar yang lebih besar berbanding GTA 5 yang sedia ada ini. Oleh itu, sama sama kita nantikan kehadiran GTA 6 nanti.

Sumber: GTA 6 News