Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dimensity 9300 Mungkin Jadi Seteru Kuat Snapdragon 8 Gen 3

MediaTek Dimensity 9300 Dilapor Ada Isu Terlalu Panas

Diterbitkan September 12, 2023 · Dikemas kini September 12, 2023 oleh Firdaus

MediaTek Dimensity 9300 adalah cip terbaru yang bakal diperkenalkan dalam siri Dimensity 9000. Cip ini juga adalah produk utama MediaTek untuk menyaingi siri “Snapdragon 8 Gen” yang akan datang.

mediatek dimensity 9000 1 (2)

Dan mengikut sumber, cip Dimensity 9300 mempunyai isu atau masalah terlalu panas ketika beroperasi pada frekuensi yang diiklankan.

Apa Yang Menyebabkan Dimensity 9300 Menjadi Terlalu Panas?

MediaTek Dimensity_

Rupa-rupanya, cip ini mempunyai isu dan masalah pada rekaannya yang mengagihkan teras-teras ARM yang sedia ada. Biar saya terangkan dalam bahasa mudah.

Secara am, sesebuah cip itu mempunyai teras yang pantas dan perlahan dimana kesemuanya bekerjasama ketika mengendalikan tugasan-tugasan yang banyak dan berat.

Namun, apabila sesebuah peranti itu hanya mengendalikan tugasan-tugasan yang ringkas dan mudah, hanya teras-teras perlahan sahaja yang bekerja untuk menjimatkan kuasa dan mengurangkan pelepasan haba.

Tetapi, dalam isu rekaan Dimensity 9300 ini, cip tersebut hanya memiliki teras-teras yang laju sahaja (4 teras Cortex-A720 / 4 teras Cortex-X4). Dimana cip tersebut membuang dan tidak memakai sebarang teras-teras perlahan.

Berkaitan

  • Redmi Note 13 Pro+ Akan Hadir Bulan Ini, Pertama Guna Dimensity 7200-Ultra
  • Siri iPhone 15 - Ini Harga Dan Spesifikasi Penuh Yang Dijangka
  • iPhone Terus Kekal Guna Modem 5G Qualcomm Hingga 2026
  • Ini Spesifikasi realme 11x 5G, Bakal Hadir Pada 15 September
  • Macam Mustahil, Saiz GTA 6 Didakwa Sebesar 750GB

Sekiranya, MediaTek tidak menyelesaikan isu ini, Dimensity 9300 mungkin akan mengulangi masalah-masalah cepat panas yang dihadapi siri-siri Dimensity yang terdahulu.

Tambahan lagi, cip tersebut juga dilaporkan hadir pada Oktober depan, begitu banyak kerja perlu dibuat dalam masa yang begitu pendek.

Sekiranya isu tersebut tidak diselesaikan, ini akan satu cabaran dan masalah besar yang perlu dijawab oleh MediaTek kepada pembangun-pembangun telefon pintar yang telah menempah untuk menggunakan cip Dimensity 9300 itu.

Sumber: Android Headlines 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY