Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
inDrive Malaysia Anjur ‘Platinum Driver League 2026’ Dengan Pelbagai Hadiah Menarik

inDrive Malaysia Anjur ‘Platinum Driver League 2026’ Dengan Pelbagai Hadiah Menarik

Diterbitkan Mei 13, 2026 · Dikemas kini Mei 13, 2026 oleh Amalina Athman

inDrive Malaysia mengumumkan kembalinya kempen Platinum Driver League untuk tahun 2026, yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM100,000 kepada rakan pemandu di platform tersebut.

Kempen ini berlangsung dari 27 April hingga 31 Mei 2026 dan terbuka kepada rakan pemandu di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk hadiah mingguan seperti telefon pintar, tablet, kamera papan pemuka (dashcam) dan baucar petrol. Bagi hadiah utama pula, pemenang berpeluang membawa pulang sebuah Perodua Bezza 1.3 Advance dan Yamaha NVX.

Platinum Drivers League

Menurut inDrive, kempen ini diperkenalkan sebagai penghargaan kepada pemandu e-hailing yang berdepan peningkatan kos operasi seperti bahan api dan penyelenggaraan kenderaan, selain menggalakkan mereka terus aktif di platform.

Dalam masa sama, syarikat itu turut memperkenalkan kadar komisen 1% untuk pemandu di Kuala Lumpur sehingga 31 Mei 2026.

Maklumat lanjut mengenai Platinum Driver League 2026, termasuk syarat penyertaan dan mekanisme kempen, boleh didapati di laman rasmi inDrive Malaysia.

Berkaitan

  • inDrive Terima Kelulusan APAD Untuk Terus Beroperasi
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Grab Lancar Roboteksi Di Singapura, Teksi Tanpa Pemandu Kini Beroperasi Di Punggol

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY