Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
psn satria-1 spacex

Indonesia Dan SpaceX Lancar Satelit SATRIA-1 Untuk Beri Akses Internet Di Kawasan Terpencil

Diterbitkan Jun 19, 2023 · Dikemas kini Jun 19, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Indonesia dan SpaceX hari ini telah melancarkan satelit telekomunikasi terbesar negara itu yang bernama SATRIA-1 dari Amerika Syarikat.

psn satria-1 spacex

Projek tersebut bernilai $540 juta (~RM2.5 bilion) dan bermatlamat untuk memberi sambungan internet di kawasan pedalaman Indonesia dan mengurangkan jurang digital.

https://www.instagram.com/p/CtqDrXxxD_i/

Ia dijadual beroperasi pada Januari 2024 dan mempunyai jangka hayat selama 15 tahun.

Berkaitan

  • Starlink Akan Tawar Internet Satelit Di Malaysia
  • Jokowi Jumpa Elon Musk Bincang Soal Nikel, Mungkin Ke Indonesia November Ini
  • Wakil Starlink Sah Akan Ke Malaysia, Rundingan Dengan SpaceX Dan Starlink Sedang Berjalan
  • Tidak Cukup Hanya Bateri, Jokowi Mahu Tesla Keluarkan Kereta Elektrik Di Indonesia
  • SpaceX Mahu Tawar Teknologi Starlink Untuk Tentera Dan Kerajaan Pula
  • Laman Web Tesla Mula Paparkan Jawatan Kosong Di Malaysia
  • Tesla Malaysia Adakan Temu Duga Secara 'Walk-In' Di Cyberjaya Minggu Depan
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”

Lapor Reuters, 2/3 daripada 280 juta penduduk di negara itu sudah pun menggunakan internet tetapi tahap ketersambungannya di pulau-pulau timur yang terpencil dan kurang membangun adalah terhad.

“Teknologi Satelit akan meningkatkan akses internet di kampung-kampung terutama kawasan yang tidak akan mendapat fiber optic untuk tempoh 10 tahun akan datang,” kata Menteri Koordinator Bidang Politik, Hukum dan Keamanan yang juga pemangku Menteri Komunikasi dan Informatika Mahfud MD.

psn satria-1 spacex

Satelit bernama SATRIA-1 seberat 4.5 tan itu dibina oleh Thales Alenia Space dan dilepaskan ke orbit dari Florida, Amerika Syarikat oleh Falcon 9 milik SpaceX yang kemudiannya kembali ke tapak luar pesisir.

psn satria-1 spacex

Satelit itu akan menduduki slot orbit di atas wilayah Papua timur Indonesia. Ia mempunyai kapasiti pemprosesan sebanyak 150 Gbps dan akan menyediakan akses internet kepada 50,000 pusat perkhidmatan awam, kata kerajaan Indonesia.

psn satria-1 spacex

Projek ini adalah kerjasama antara kerajaan Indonesia dan syarikat penyedia satelit PT Satelit Nusantara Tiga.

Sumber: Reuters, ANTARA, SpaceX

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY