Ini Senarai Peranti vivo Yang Ada Promosi Sempena Diwali

vivo sebelum ini telah mengadakan cabaran TikTok dengan #vivoX70PhotographyRedefined dan kali ini ini bagi menyambut perayaan Deepavali, pelbagai promosi bermula 29 Oktober sehingga 7 November 2021 diberikan pada peranti terpilih selain sebuah pertandingan fotografi turut dijalankan.

Antara peranti yang ditawarkan:

  • vivo V21e - RM 1,199 (RM1,299) (jaminan lanjutan selama setahun)

  • X70 Pro 5G -RM3,299 (jaminan lanjutan dan perlindungan keretakan skrin selama setahun)

  • X70 5G - RM2,499 (jaminan lanjutan dan perlindungan keretakan skrin selama setahun)

  • V21 5G - RM1899 (jaminan lanjutan selama setahun)

  • vivo Y33s - RM999 (jaminan lanjutan selama setahun)




Tidak cukup dengan itu, sebuah pertandingan fotografi iaitu vivo Diwali Everywhere Photography Contest juga diadakan di mana peserta perlu mengambil gambar yang memaparkan perayaan Deepavali (makanan, dekorasi atau lain-lain) kemudian memuat naiknya di bawah hantaran ini dengan tanda pagar #vivodiwalieverywhere #DiwaliDealsMari serta tag 3 orang kawan.



Hadiah menarik menanti peserta berupa Joyoung Porable Juice Machine, Joyoung Toaster dan Joyoung Vacuum Flash.



Sumber: Siaran Akhbar vivo

Baca juga: