Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing ear (1)

Imej ‘Render’ Nothing Ear (2) Tunjukkan Ia Sebiji Macam Ear (1), Tapi Akan Hadir Dengan Ciri Baharu

Diterbitkan Februari 1, 2023 · Dikemas kini Februari 1, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Baru saja Carl Pei sahkan kewujudan Nothing Phone (2), kini muncul pula ura-ura berkenaan Ear (2).

Menurut imej render dikongsi Steve H. McFly (Onleaks) yang anda boleh dilihat di bawah, ia memperlihat rekaan yang sama seperti Nothing Ear (1) tanpa sebarang perubahan besar.

nothing ear 2 (3)

Hanya jika anda teliti betul-betul seperti ketika mencari dosa orang lain, barulah anda perasan yang berubah ialah kedudukan mikrofon untuk pembatalan hingar. Kalau di Ear (1) ia berada di atas, kali ini di sisi berhampiran dot merah pula.

Selain itu, perubahan lain pula masih sangat kecil sehingga tidak nampak pada kasar. Anda boleh lihat petak jingga, kuning dan merah.

nothing ear 2 (2)

Walaunpun luarannya sama saja, tapi jangan kita setiap makhluk yang bernyawa dan tidak bernyawa masih ada ‘intipatinya’.

Kata sumber, antara ciri menarik yang akan ditawarkan kelak ialah pembatalan hingar yang boleh dilaraskan pengguna atau Personalized ANC.

Ini bermakna pengguna boleh laraskan sendiri tahap ANC melalui aplikasi — setakat mana hingar yang anda mahu terima dan tapis.

nothing ear 2 (1)

Selari dengan itu, mod Transparency juga akan disertakan.

Bukan itu saja, Nothing Ear (2) juga dikatakan akan sokong Dual Connectivity yang membenarkan setiap buds dihubungkan pada 2 peranti berlainan dalam 1 masa serta boleh ditukar-tukar antaranya.

Berkaitan

  • Nothing Ear (Stick) Kini Rasmi Dengan Harga RM469
  • (Ulasan) Nothing Ear (Stick) - 'Lipstick' Mahal Untuk T20
  • Nothing Phone (2)? Kami Tak Rajin "Beranak" Macam Jenama Lain - Carl Pei
  • Nothing Lepaskan Android 13 Versi Beta, Inilah Perkara Baru Dibawakan
  • Nothing Dilapor Ada Subjenama Baharu, Mungkin Lancar TWS
  • Carl Pei Sahkan Nothing Phone (2) Yang Akan Keluar Tahun Ini Lebih Premium

Dalam pada itu, TWS ini dipercayai akan menyokong Advanced EQ dan Find Earbuds.

Untuk makluman, peranti TWS terbaru daripada Nothing ialah Ear (Stick). Kami ada tulis ulasannya di SINI.

Oh ya, tak lupa juga tentang Nothing Ear (1) ulasannya pula boleh dicapai di SINI.

Sumber: Smartprix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY