Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Barisan Papan Induk MSI Z690 Diumum

Barisan Papan Induk MSI Z690 Diumum

Diterbitkan Oktober 28, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Intel generasi terbaru iaitu generasi ke-12 menjadi yang pertama dicipta berdasarkan binaan proses Intel 7 dan Hybrid Architecture.

Selari dengan itu, MSI juga melancarkan papan induk Z690.Antara yang menjadi tumpuan MSI Z690 ini ialah PCIe 5.0 yang menyokong pemindahan ‘bandwidth’ 128GB/saat dan DDR5. Ia juga tersedia dengan DDR4.

Kesemua papan induk Z690 juga menyokong TPM2.0, membenarkan pengguna untuk memasang Windows 11 pada ‘jentera’ mereka.

MEG

Hadir dengan 19 VRM dan 105A SPS,siri MEG ini juga disertakan sehingga 5 slot M.2 dengan maksimum empat M.2 x4 dan dua slot PCIe 5.0 x16 selain reka bentuk All Aluminum Design yang membuatkan haba terlesap dengan cekap. MEG Z690 ACE turut dihiasi permukaan gelap dan emas 24K berbanding lampu RGB.

MPG

Barisan Papan Induk MSI Z690 Diumum

MPG Z690 CARBON WIFI dan MPG Z690 FORCE WIFI tampil dengan dua slot PCIe 5.0 x16 dan lima slot M.2 termasuk empat slot untuk M.2 Gen4 x4. Kedua-duanya dilengkapi 18 VRM dan 75A SPS. MPG EDGE WIFI pula mempunyai 16 VRM dengan 75A SPS.

MAG 

MAG hadir dengan rekaan diinspirasikan daripada ketenteraan. MAG Z690 TORPEDO kekal dengan warna biru pasifik. MAG Z690 TOMAHAWK WIFI dan MAG Z690 TORPEDO dinaik taraf, kini dengan 16 Duet Rail Power System berserta 70A SPS. Ia juga dilengkapi satu slot PCIe 5.0 x16 dan tiga slot M.2 Gen4 x4.

PRO

Barisan Papan Induk MSI Z690 Diumum

Dengan 14 Duet Rail Power System dan dua penyambung 8-pin, kedua-dua PRO Z690-A dan PRO Z690-A WIFI datang dengan satu slot PCIe 5.0 x16 dan empat slot M.2.

Sumber: Siaran Akhbar MSI

Baca juga:

  • MSI Creator Z16 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM11,999
  • MediaTek Kini Antara Pengeluar Cip Terbesar Di Dunia
  • Beberapa Pengguna Digi Sedang Mengalami Masalah Internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY