Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
USB-C 2.1 Lebih Berkuasa, Mampu Berikan Pengecasan Lebih Tinggi

India Mungkin Wajibkan USB-C Untuk Telefon Saja, Lain Pula Untuk Peranti Boleh Pakai

Diterbitkan Januari 4, 2023 Β· Dikemas kini Januari 4, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Telefon yang dijual di India mulai 2025 diwajibkan hadir dengan sokongan pengecasan melalui USB Type-C, lapor Business Standard. Ini dikemukakan selepas Kesatuan Eropah (EU) mewajibkan perkara sama mulai 2024.

Akan tetapi, ia sedikit longgar berbanding peraturan dikenakan EU kerana India mungkin mewajibkan USB-C hanya pada telefon.

USB-C iPhone

Untuk peranti lain seperti TWS, jam tangan pintar, penjejak kesihatan (fitness tracker) dan sebagainya, India akan meletakkan satu lagi jenis bentuk sambungan tetapi bukan USB-C.

Ini bemakna ada dua piawaian — USB-C hanya wajib pada telefon manakala peralatan elektronik boleh pakai (wearables) akan diseragamkan dengan sambungan lain.

β€œBIS telah memaklumkan piawaian untuk pengecas Type-C dan kerajaan akan menghasilkan dua jenis port pengecasan yang lazim untuk telefon dan peranti elektronik boleh pakai,” kata Rohit Kumar Singh, Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengagihan Awam.

Akan tetapi, piawaian untuk peranti boleh pakai masih tidak didedahkan kerajaan India. Buat masa sekarang, banyak penjejak kesihatan dan jam tangan pintar menggunakan pengecasan magnetik tetapi hadir dalam bentuk yang berlainan walaupun dikeluarkan syarikat yang sama.

Berkaitan

  • Parlimen Eropah Lulus Peraturan Port Pengecasan Tunggal, Apple Mungkin Terpaksa Akur
  • Greg Joswiak Sahkan iPhone Akan Guna USB-C
  • Kuo: Hanya Model iPhone 15 Pro Dijangka Menyokong USB-C Berkelajuan Tinggi
  • India Ikut Jejak Langkah EU, Cadang Untuk Seragamkan Port Pengecasan Peranti

Ada juga laporan lain pula mengatakan India mungkin mengecualikan terus peranti boleh pakai daripada undang-undang baharu ini.

Sekadar berkongsi, statistik menunjukkan lebih 95% pengguna di India menggunakan telefon dengan sistem operasi Android.

Greg Joswiak sebelum ini mengesahkan Apple akan hadir dengan USB-C pada iPhone disebabkan undang-undang dilaksanakan EU.

Sumber: Business Standard, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S β€” Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY