Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb digital nasional berhad

Tan Sri Muhyiddin Tekankan Mengapa DNB Penting Untuk 5G Di Malaysia

Diterbitkan Disember 13, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Minggu lalu, Tan Sri Annuar Musa berkata Kabinet akan memuktamadkan berkenaan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) 5G pada Januari 2022 depan selepas mendapatkan pandangan daripada pemain industri dan syarikat telekomunikasi.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam pula berkata tindakan Kerajaan menukar model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) yang sedang dilaksanakan Digital Nasional Berhad (DNB) boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan.

Kata beliau lagi, jika Malaysia tidak meneruskan model SWN melalui DNB ini, Malaysia berisiko kehilangan keyakinan oleh pelabur disebabkan perubahan pendirian kerajaan dan beri kesan besar dari aspek kewangan serta perundangan kerana pelanggaran kontrak.

Melalui DNB, akses kepada fasiliti juga dapat diagihkan dengan adil dan terbuka kepada semua syarikat telekomunikasi. Dengan penyediaan harga borong perkhidmatan yang disediakan oleh DNB juga, isu persaingan dapat dikawal.

Selain itu, kos pelaksanaan rangkaian 5G akan dibiayai sepenuhnya oleh DNB melalui hasil jualan yang dijana di samping gabungan pembiayaan tertunda serta pembiayaan perdagangan dan modal kerja.
“Kepentingan kontraktor Bumiputera akan diutamakan di dalam projek 5G melalui DNB. Ini adalah kerana salah satu syarat projek 5G ialah keperluan untuk memanfaatkan lebih 60 peratus kontraktor Bumiputera dan kontraktor dari Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin juga mengatakan DNB tidak akan terlibat di dalam pasaran runcit disebabkan model perniagaan syarikat dan juga syarat lesen yang dikenakan oleh SKMM.

Sumber: Astro Awani

Baca juga:

  • Kerajaan Sasarkan 5G Lebih Murah Dari 4G
  • 5G: Kerajaan Atau Syarikat Telekomunikasi Yang Sediakan? Jawapannya Januari Ini
  • Jika TM Gagal Kembalikan Sambungan Unifi Dalam 24 Jam, Pengguna Dapat Rebat RM50

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY