Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Isi Minyak Dengan Aplikasi, CaltexGO Kini Boleh Digunakan Seluruh Malaysia

Isi Minyak Dengan Aplikasi, CaltexGO Kini Boleh Digunakan Seluruh Malaysia

Diterbitkan Mei 25, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Aplikasi daripada Caltex iaitu CaltexGO kini secara rasmi boleh digunakan di semua stesen minyak Caltex seluruh Malaysia.

Aplikasi yang tersedia di Android dan iOS ini dilancarkan September 2021 namun untuk pengisian minyak, ia terhad di Lembah Klang kerana ia masih dalam fasa percubaan.

Ya, anda boleh melakukan transaksi pengisian minyak tanpa perlu ke kaunter, sebaliknya hanya dengan CaltexGO.

caltexgo
caltexgo
caltexgo
caltexgo

Pembayarannya melalui kad debit/kredit dan pengguna boleh menjejak transaksi sebelumnya serta menerima resit digital.

Daripada percubaan kami, antara muka ditampilkan tidak sekontemporari aplikasi lain, jauh sekali jika dibandingkan dengan Setel.

Dari segi pemilihan font, susun atur dan lain-lain, ia kelihatan agak tahun “2000” namun ia satu usaha yang bagus daripada Caltex kerana memudahkan pengguna isi minyak.

Baca juga:

  • Tak Perlu Tesla, Ini 10 Syarikat Antarabangsa Lain Yang Melabur Di Malaysia
  • Proton smart #1 Dilancar Tahun 2023, Kereta Elektrik Tempatan Pertama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY