Jika anda mahu menggunakan rangkaian 5G di Malaysia, 3 perkara utama yang ada perlu ada ialah peranti yang menyokongnya, langganan dengan syarikat telekomunikasi dan berada di kawasan yang mempunyai capaian 5G (KL, Putrajaya dan Cyberjaya).
Akan tetapi, jika anda berada di KL dan mempunyai telefon 5G sekalipun, hanya ada satu syarikat telekomunikasi yang menyediakannya iaitu YES. TM yang pernah menyatakan akan menyediakan 5G pada Februari ini telah menundanya pada tarikh yang belum dipastikan.
Ericsson, salah syarikat yang dilantik DNB untuk menyediakan infrastruktur 5G di Malaysia mengumumkan mereka telah siap membina Pusat Operasi Rangkaian (NOC) di Malaysia untuk rangkaian 5G seliaan DNB.
NOC ini berperanan untuk memantau, menyelenggara, menguruskan keselamatan, kerosakan dan prestasi rangkaian dengan bantuan algoritma pembelajaran mesin.
David Hägerbro, Pengurus Ericsson Malaysia, Sri Lanka & Bangladesh berkata, “NOC mampu mengekalkan rangkaian 5G yang paling kompleks dan berskala besar sepanjang masa dan akan menjadi jaminan kepada syarikat telekomunikasi untuk menggunakan rangkaian DNB 5G. Ia juga membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk diambil bekerja dan memperoleh kemahiran dalam teknologi terkini.”
Selain itu, Pusat Operasi Rangkaian ini juga akan menjadi rujukan utama oleh syarikat telekomunikasi bagi masalah teknikal, aduan pelanggan, prestasi rangkaian dan isu berkaitan pengebilan serta lain-lain.
Ericsson berpengalaman menguruskan rangkaian mudah alih Digi sejak 2018 dan terlibat dalam operasi pengebilan U Mobile sejak 2012.
Sumber: Ericsson
Baca juga: