Namun, telefon yang digelar ROG Phone 4 ini juga dikatakan akan dinamakan sebagai ROG Phone 5. Ini bermakna Asus melangakau nombor 4.
Terbaru, whylab melalui akaun weibo telah memuat naik imej yang dikatakan sebagai telefon sebenar untuk ROG Phone 4/5 ini.
Berdasarkan imej tersebut, rekaan panel belakang direka semula dan terdapat angka 5 pada belakang telefon dimana ia dikaitkan dengan nama bagi ROG Phone 5.
Selain itu, terdapat logo ROG pada bawah kiri telefon dan di bahagian atas, terletak tiga tetapan kamera dengan kamera utama 64MP. Sensor kamera turut hadir dengan tekologi quad-Bayer.
Menariknya, pada telefon ini juga dilengkapi butang misteri yang berwarna merah dimana ia mungkin adalah untuk mengaktifkan fungsi gaming.
Telefon ini juga akan dilengkapi bateri sebesar 6000mAh, sokongan pengecasan pantas 60W atau 65W, cip Snapdragon 888 dan RAM 8GB.
Tambahan lagi, telefon Asus ini turut dirujuk dengan nombor model I005DA seperti yang disenarai menerusi 3C certification.
Walau bagaimanapun, kemungkinan imej tersebut adalah tidak benar disebabkan ia bukan daripada sumber yang boleh dipercayai akan tetapi, spesifikasi dalamannya adalah benar setakat ini.
Sumber: mysmartprice
Berkaitan
- iPhone 13 Mungkin Akan Hadir Dengan Imbasan Cap Jari Pada Skrin
- Apple Lancarkan Program Gantian Untuk iPhone 11 Yang Mengalami Masalah Skrin Sentuh
- Apple Menghadapi Kekurangan Cip Kuasa Untuk iPhone 12
- Samsung Galaxy Watch3 Titanium Tiba Di Malaysia Berharga RM2499
- Sony WF-1000XM4 Rasmi, Pra-Tempah Bermula Hari Ini
- Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16
- Siri AMD Ryzen 5000 Boleh Mula Dibeli Hari Ini, Harga Bermula RM1349
- Siap Sedia, Dijangka Siri iPhone 13 Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Tiga TV 4K Hisense Hadir Buat Pasaran Malaysia - Harga Bermula RM 3,999
- Apple Sedang Kaji Kerangka iPhone Yang Boleh Cas AirPods Dan Aksesori Lain