Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Mula Mengacah Kehadiran ROG Phone 4

Asus ROG Phone 4 Mungkin Dilengkapi Dengan Bateri 6,000mAh

Diterbitkan Januari 18, 2021 oleh ariff bukhari

Beberapa hari lalu, Asus telah pun memulakan kempen awal bagi model terbaru telefon pintar ROG Phone 4 dengan memperlihatkan poster telefon pintar tersebut.

Walaubagaimanapun tiada sebarang info tentang peranti tersebut didedahkan.

Tetapi berdasarkan kepada pendedahan awal oleh Digital Chat Station, ROG Phone 4 bakal dimuatkan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh.

Malah dikhabarkan telefon gaming itu juga mungkin akan menyokong pengecas pantas 60W atau 65W.

Menurut laporan tersebut, peranti Asus dengan nombor model I005DA itu dipercayai merujuk kepada ROG Phone 4 yang akan turut menyokong sambungan 5G.

Sebelum ini nombor model yang sama telah muncul di laman penanda aras Geekbench pada bulan lalu yang dijana oleh cip pemproses Snapdragon 888 dengan 8GB RAM yang menggunakan sistem Android 11.

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY