Dari pandangan sisi hadapan, peranti tersebut kelihatan tidak jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Ia didakwa akan hadir dengan skrin paparan bersaiz 6.59-inci serta sokongan pengimbas cap jari dari dalam skrin.
Apa yang menarik pada keluaran baru Vivo ini sudah tentu panel belakangnya. Selain bakal digunakan sebagai panel paparan kedua bersaiz 5.5-inci, ia juga dilengkapi dengan satu lingkaran bulat dengan sistem pencahayaan RGB di sekitar kamera utamanya.
Lingkaran tersebut dikenali sebagai Lunar Ring dan ia akan berfungsi sebagai penunjuk LED untuk notifikasi. Seterusnya, tangkapan swafoto juga akan dibuat melalui skrin keduanya lantas membolehkan peranti ini dibina tanpa sebarang lensa kamera hadapan.
Imej ini memperlihatkan tiga lensa kamera dengan jelas, namun lensa ketiga pada peranti ini berkemungkinan adalah lensa 3D ToF, sama seperti Oppo R17 Pro.
Menurut koleksi gambar ini, hanya dua variasi warna sahaja ditawarkan iaitu biru dan merah. Bagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi dalaman peranti ini masih disimpan dengan rapi oleh pihak Vivo.
Maka untuk mengetahuinya, kita perlu menunggu sehingga acara pelancarannya pada 11 Disember nanti.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- Huawei Perkenalkan Edisi Khas Mate 20 Pro & Nova 4 Di China
- Secure2u Bakal Ganti SMS TAC Bagi Transaksi Atas Talian Maybank Bermula Disember
- Xiaomi Beri Gambaran Peranti Black Shark 2 Akan Diperkenal Tidak Lama Lagi
- Kenapa Xiaomi Mi A2 Buat Kami Naik Angin
- Vivo V5 Plus Dengan Dwi-Kamera Selfie Akan Dilancarkan 23 Januari Ini
- Vivo X9 Dan Vivo X9 Plus Bakal Mempamerkan Dwi Kamera Selfie Pada 16 November Ini
- Galaxy Watch Turut Diperkenalkan Dalam Acara Galaxy Unpacked 2018
- Bully 2 Didakwa Sedang Dalam Pembangunan, Mungkin Dilancarkan Sebelum GTA 6
- Video VIVO NEX 3 Dari Mrwhosetheboss, Memperlihatkan Rupa Sebenar Rekaan Skrin 'Waterfall'
- Huawei Mate 20 Sah Dikuasakan Dengan Cip HiSilicon Kirin 980