Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
find x3_3

Imej Sebenar OPPO Find X3 Pro Diperlihatkan

Diterbitkan Februari 3, 2021 oleh Amalina Athman

Bulan lalu, rekaan yang dipercayai OPPO Find X3 Pro didakwa telah tertiris di mana ia memperlihatkan panel belakang dengan rekaan yang unik. Terkini, imej sebenar Find X3 Pro pula telah didedahkan oleh Evan Blass.

Menerusi imej yang dimuat naik, ia memperlihatkan dua warna OPPO Find X3 Pro iaitu hitam dan putih. Menurut Blass, rekaan modul kamera yang unik dan disebut sebagai “crater design” itu mempunyai empat kamera dan lampu LED.

OPPO Find X3 Pro

Tetapan kuad kamera tersebut dijangka hadir dengan sepasang sensor Sony IMX766 50MP yang dimuatkan pada lensa utama dan sudut lebar.

Terdapat juga lensa makro 3MP dengan “flash-ringed” atau dikelilingi dengan lampu, yang mempunyai 25x zum dan membolehkannya berfungsi seperti mikroskop. Sementara itu, lensa keempat adalah 13MP telefoto dengan 2x zum optikal, yang sama digunakan pada Find X2.

Imej Sebenar OPPO Find X3 Pro Diperlihatkan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, siri Find X3 yang terdiri daripada Pro, Neo dan Lite.

Jika benar atau tidak imej tersebut merupakan Find X3 Pro, nantikan pelancaran yang dijangka akan berlangsung pada bulan hadapan.

Sumber: voice via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY