Imej Perlihatkan Kesemua Model Dan Pilihan Warna Huawei P40

Seminggu lebih sahaja lagi masa yang tinggal sebelum Huawei tampil melancarkan siri P akan datang, Huawei P40.

Dijadualkan berlangsung pada 26 Mac ini, pendedahan demi pendedahan dibuat mengenai keluarga peranti terbaru itu. Antara yang terbaru adalah perkongsian daripada @evleaks memperlihatkan kesemua model dan pilihan warna bagi siri P40.



Terdiri daripada P40, P40 Pro dan P40 Pro Premium, ketiga-tiganya menampilkan modul kamera petak yang semakin popular ketika ini. Namun begitu, setiap satu daripada versi berkenaan dikatakan akan hadir dengan konfigurasi kamera yang berbeza.

Melalui khabar angin yang bertiup sebelum ini, P40 akan dilengkapi dengan lensa 52MP(IMX700), 40MP (IMX650) ultra lebar dan lensa telefoto 3x. Bagi versi P40 Pro, ia dikatakan dengan mempunyai kelengkapan yang sama tetapi telefoto 3x itu digantikan dengan periskop 5x.

Antara spesifikasi yang disebut-sebut bakal hadir pada versi Premium adalah paparan OLED 2K dengan kadar penyegaran 120Hz.