Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mate 30 Pro.

Imej Perlihatkan Kapasiti Bateri Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro

Diterbitkan Ogos 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pelancaran siri Mate 30 daripada Huawei dijangka berlangsung pada pertengahan September depan. Antara khabar angin yang bertiup sebelum ini adalah kehadiran sokongan pengecasan pantas 55W bersama-sama keupayaan pengecasan tanpa wayar 25W.

Kini tiba pula perkhabaran lain berkenaan kapasiti bateri yang akan dimuatkan pada Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro. Melalui perkongsian foto di laman Weibo, Mate 30 akan dibekalkan dengan bateri 4200mAh sementara model Pro pula dilengkapi bateri 4500mAh untuk janaan kuasa peranti.

Imej Perlihatkan Kapasiti Bateri Huawei Mate 30 Dan Mate 30 Pro
Kiri (Mate 30 Pro) kanan (Mate 30)

Siri sebelumnya, Mate 20 hanya menggunakan bateri berkapasiti 4000mAh manakala versi Pro 4200mAh. Peningkatan kapasiti bateri ini dilihat mampu memberi tempoh janaan kuasa lebih lama kepada siri baru disamping ura-ura penggunaan cip Kirin 990 yang dikatakan lebih efisien.

Kedua-dua model juga diramal hadir dengan skrin paparan “waterfall display” bersama-sama takuk yang lebih lebar.

Sumber: TME.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY