Ikon baharu
Antaramuka paparan tetapan kini diperbaharui dengan ikon yang lebih berwarna-warni.
Rekaan antaramuka baharu
Rakaman skrin yang didedahkan ini turut menunjukkan MIUI menggunakan banyak ruang berwarna putih serta penggunaan font lebih tebal dan besar.
Ciri baharu
MIUI 11 dijangka akan menghadirkan ciri pemindahan fail antara peranti sepertimana yang telah dilaporkan sebelum ini iaitu ciri yang dibangunkan secara bersama antara Xiaomi, Vivo dan OPPO. Selain itu, Always on Display juga akan ditampilkan termasuk keupayaan bertukar-tukar warna teks secara automatik serta pelbagai reka bentuk paparan.
Penambahan ciri lain yang dikhabarkan adalah bunyi dinamik baharu, aplikasi Xiaomi Community, penjadual mod gelap, dan ciri membalas teks lebih pantas bagi beberapa aplikasi pemesejan. Desas-desus menyatakan MIUI 11 akan dilancarkan disamping pengenalan Mi Mix 4.
Sumber: XDA Developers
Berkaitan
- Xiaomi Turut Memperkenalkan Mi 9 SE Dengan Snapdragon 712
- Xiaomi Perkenal Mi Panoramic Camera Dengan Sokongan Rakaman 360 Darjah
- Xiaomi Perkenal Cermin Pandang Belakang Pintar Untuk Kegunaan Kereta
- OPPO F11 Pro Dilancarkan Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM1399
- Xiaomi Mi Note 10 Bakal Dilancarkan Di Malaysia 3 Disember Ini
- Xiaomi Sedang Membangunkan Telefon Pintar Diperkasa Dengan Snapdragon 660
- MIUI 11 Uji Ciri Mengesan Aplikasi Yang Mengakses Fungsi Sensitif
- Paten Baru Xiaomi Perlihatkan Kamera Terangkat Dengan 7 Sensor
- Vivo, Xiaomi Dan OPPO Bekerjasama Untuk Ciri Pemindahan Fail Seakan AirDrop
- Xiaomi Adakan Promosi Sempena Penyenaraian Syarikat Dalam Bursa Saham Hong Kong